Rakyat Malaysia Di Kemboja Disaran Elak Pergi Ke Lokasi Berhampiran Sempadan Thailand-Kemboja
Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lalu kini dilihat kembali tegang pada Julai lalu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kedutaan Malaysia di Phnom Penh menasihatkan rakyat Malaysia di Kemboja untuk mengelak memasuki beberapa kawasan di sepanjang sempadan Thailand-Kemboja susulan ketegangan ketenteraan semakin meningkat antara dua negara jiran itu
Menerusi laporan Berita Harian, Wisma Putra dalam sebuah kenyataan memaklumkan kawasan yang disenaraikan itu adalah wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang dan Pursat.
"Memandangkan situasi antara Kemboja dan Thailand, warganegara Malaysia di Kemboja dinasihatkan supaya mengelakkan perjalanan tidak penting ke wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey, Banteay Meanchey, Battambang dan Pursat sehingga dimaklumkan kelak.
"Warganegara Malaysia di Kemboja turut dinasihatkan untuk sentiasa mendapatkan maklumat melalui sumber berita yang sahih serta mematuhi segala arahan dan nasihat yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan," katanya.

Pertempuran kembali tercetus baru-baru ini walaupun gencatan senjata sudah ditandatangani
Konflik sempadan Kemboja-Thailand yang berlanjutan sejak seabad lalu, kembali tegang pada Julai kemudiannya membawa kepada pertempuran tentera selama lima hari.
Kedua-dua negara kemudiannya bersetuju untuk gencatan senjata di Kuala Lumpur pada 24 Julai sebelum menandatangani Perjanjian Damai Kuala Lumpur pada 26 Oktober lalu semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, disaksikan oleh Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selaku Pengerusi ASEAN dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Bagaimanapun, pertempuran tercetus kembali pada Isnin lalu menyebabkan beberapa kematian dan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal.
Kedutaan Malaysia di Phnom Penh memaklumkan sekiranya memerlukan bantuan, rakyat Malaysia di sana boleh menghubungi talian hotline 24 jam: +855 12 216 176, e-mel ke [email protected] atau layari laman web di pautan https://www.kln.gov.my/web/khm_phnom-penh/home.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 