Rakyat Malaysia Berusia 18 Tahun & Ke Atas Bakal Terima RM100 ‘One-Off’ Melalui MyKad
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion.
Cover image via Anwar Ibrahim (Facebook)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos 2025, setiap warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima 100 ringgit secara one-off melalui MyKad di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
Menerusi pengumuman yang dikongsi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, bantuan ini boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 sehingga 31 Disember 2025 bagi membeli barangan asas di lebih 4,100 kedai.
Ini melibatkan pasar raya utama seperti Mydin, Lotus, Econsave dan 99 Speedmart serta kedai kedai runcit di semua daerah seluruh negara.
Bantuan ini diberikan secara individu dan bukannya isi rumah di mana sebuah isi rumah umpamanya suami, isteri dan dua orang anak dewasa akan dapat RM400.

Dijangka memanfaatkan hampir 22 juta rakyat Malaysia
Inisiatif ini dijangka memanfaatkan 22 juta rakyat melibatkan peruntukan RM2 bilion, menunjukkan jumlah peruntukan STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion untuk 2025.
Perkara ini turut dimaklumkan merupakan kali pertama dalam sejarah bantuan tunai disalurkan kepada semua rakyat dewasa.
"Mungkin ada dalam kalangan kita yang punyai kemampuan dan tidak memerlukan bantuan ini.
"Kerajaan berhasrat supaya jumlah bantuan yang tidak dibelanjakan menjelang akhir tahun diagihkan semula untuk program bantuan golongan rentan tahun hadapan," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



