Rakyat Malaysia Berisiko Dinafikan Naik Pesawat Di Bawah Peraturan Perjalanan Baharu 2026

Lebih 30 buah negara kini memerlukan borang pra-ketibaan digital atau kebenaran perjalanan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Mohd Rasfan/AFP & Syaiful Redzuan/Anadolu/AFP
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Proses penerbangan antarabangsa pada tahun 2026 tidak lagi 'bermula' di lapangan terbang, walaupun untuk rakyat Malaysia

Sebelum anda mendaftar masuk, terdapat senarai borang digital wajib yang semakin banyak ruangan perlu anda lengkapkan.

Jika anda terlepas untuk mengisinya, syarikat penerbangan boleh menafikan anda daripada menaiki pesawat serta-merta.

Sehingga April 2026, lebih daripada 30 negara kini memerlukan beberapa bentuk pendaftaran pra-ketibaan, walaupun untuk pelancong yang tidak memerlukan visa.

Rakyat Malaysia tidak lagi dikecualikan

Selama bertahun-tahun, pemegang pasport Malaysia menikmati perjalanan yang agak mudah dan bebas visa. Perkara ini masih benar tetapi ada syaratnya.

Kebanyakan destinasi kini memerlukan kelulusan digital atau borang ketibaan sebelum anda terbang.

Contohnya, jika anda menuju ke UK, anda kini perlu memohon ETA UK terlebih dahulu, walaupun anda tidak memerlukan visa.

Bagaiman pula dengan perjalanan ke Eropah? Kesatuan Eropah sedang merancang melancarkan sistem ETIAS dijangka pada lewat tahun 2026, juga diperlukan oleh rakyat Malaysia sebelum memasuki kawasan negara-negara tersebut.

Malah di Asia, tempat seperti Korea Selatan sudah memerlukan K-ETA untuk pelancong bebas visa.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mohd Rasfan/AFP

Ia bukan sahaja berlaku di Barat malah sudah pun melibatkan proses perjalanan di rantau ini

Malaysia kini mewajibkan pelawat asing melengkapkan Malaysia Digital Arrival Card (MDAC) sebelum dibenarkan masuk.

Negara jiran seperti Singapura mempunyai SG Arrival Card, manakala Thailand telah menggantikan borang TM6 berbentuk fizikal dengan sistem ketibaan digital sepenuhnya.

Jika anda terbang ke Jepun, penggunaan platform Visit Japan Web boleh mempercepatkan pelepasan imigresen dengan baik. Di Filipina pula, kod QR eTravel adalah wajib untuk ketibaan dan keberangkatan.

Sehingga April 2026, Vietnam telah mula mewajibkan Deklarasi Pra-Ketibaan untuk pelancong yang memasuki Bandar Raya Ho Chi Minh, dengan pengembangan dijangka di seluruh negara.

Sementara itu, Eropah telah melancarkan Entry/Exit System (EES), di mana pelancong perlu mendaftarkan data biometrik, seperti cap jari dan imbasan muka, di kiosk digital semasa ketibaan.

Sesetengah lokasi mungkin memerlukan proses pembayaran dengan sistem digital ini kini terikat dengan yuran masuk. Di Bali, pelancong mesti membayar levi pelancong dalam talian dan menunjukkan kod QR sebelum masuk. Negara lain, termasuk sebahagian di Caribbean, mempunyai sistem serupa yang menggabungkan borang ketibaan dengan yuran mandatori.

Kenapa rakyat Malaysia kena cakna dengan perkara ini?

Perubahan paling besar merupakan kemuidahan bebas visa bukan lagi bermakna bebas dari menghadapi kerumitan.

Syarikat penerbangan kini dikehendaki mengesahkan bahawa penumpang telah melengkapkan semua borang digital yang diperlukan sebelum membenarkan mereka menaiki pesawat.

Jika ETA atau borang ketibaan anda tidak diluluskan, atau anda tidak menyediakan kod QR dengan lebih awal, anda mungkin tidak akan dapat menaiki pesawat.

Rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar negara kini perlu:

  • Memeriksa syarat kemasukan sebaik sahaja anda menempah penerbangan
  • Lengkapkan sebarang borang yang diperlukan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas
  • Gunakan hanya laman web rasmi kerajaan untuk mengelakkan penipuan
  • Simpan tangkapan layar atau salinan luar talian kod QR anda

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via Syaiful Redzuan/Anadolu/AFP

Ini senarai penuh negara yang memerlukan borang kemasukan digital atau kelulusan pra-ketibaan pada tahun 2026 (ETA, Kad Ketibaan & Kod QR)

Berikut ialah pecahan destinasi yang kini memerlukan rakyat Malaysia (atau pelancong bebas visa) melengkapkan borang digital sebelum ketibaan:

Kebenaran Perjalanan Elektronik (Mohon sebelum terbang)

Perkara ini biasanya memerlukan kelulusan sekurang-kurangnya 72 jam sebelum berlepas.

  • UK — UK ETA (diwajibkan pada 2026)
  • Kesatuan Eropah — ETIAS (dilancarkan lewat 2026)
  • Amerika Syarikat — ESTA
  • Kanada — eTA
  • Australia — ETA (Subclass 601)
  • New Zealand — NZeTA
  • Korea Selatan — K-ETA
  • Sri Lanka — ETA
  • Kenya — eTA

Kad Ketibaan Digital (Hantar sebelum mendarat)

Ini menggantikan borang kertas lama dan biasanya percuma.

Asia & kawasan sekitarnya

Americas & Caribbean

Africa & Timur Tengah

Yuran Kemasukan & Cukai Perjalanan Digital (Juga diperlukan sebelum ketibaan)

Kenapa senarai ini penting?

Senarai ini kini berkembang dengan pesat di samping peraturan yang berbeza dikenakan bergantung pada pasport, pintu masuk dan juga syarikat penerbangan yang dipilih.

Andaian paling selamat sekarang adalah mudah. Jika anda terbang untuk penerbangan antarabangsa, mungkin terdapat borang penting yang perlu anda isi.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik