Rakyat Malaysia Bakal Nikmati Cuti 4 Hari Berturut-Turut Sempena Cuti Umum Hujung Bulan Mei Ini
Perkara itu disahkan susulan pertembungan tarikh dua cuti umum yang jatuh secara berturutan.
Cover image via BernamaFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Rakyat Malaysia bakal menikmati satu lagi cuti hujung minggu yang panjang selama empat hari pada penghujung Mei ini
Perkara itu disahkan susulan pertembungan tarikh Hari Wesak dan Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong yang jatuh secara berturutan.
Kerajaan telah mengesahkan bahawa Hari Wesak akan disambut pada 31 Mei (Ahad), manakala Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong jatuh pada 1 Jun (Isnin).
Dalam satu kenyataan, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menjelaskan bahawa mengikut Akta Kerja 1955, status kedua-dua hari kelepasan am ini adalah berbeza:
- Hari Keputeraan Agong (1 Jun): Merupakan salah satu daripada lima hari kelepasan am berbayar yang wajib bagi pekerja sektor swasta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Cuti ini tidak boleh digantikan dengan hari lain.
- Hari Wesak (31 Mei): Tergolong dalam kategori enam hari kelepasan am pilihan, di mana majikan boleh memilih sama ada ingin mewartakannya sebagai cuti syarikat atau tidak.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim
Image via Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (Facebook)Bagaimana cuti ganti hari Selasa boleh tercipta?
Memandangkan Hari Wesak jatuh pada hari Ahad (31 Mei), timbul persoalan mengenai cuti gantian. Bagi majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai hari rehat mingguan dan memilih Hari Wesak sebagai cuti umum syarikat, berikut adalah aturan cutinya:
- 31 Mei (Ahad): Hari Wesak (Jatuh pada hari rehat)
- 1 Jun (Isnin): Cuti Umum Wajib (Hari Keputeraan Agong)
- 2 Jun (Selasa): Cuti Ganti bagi Hari Wesak
Walau bagaimanapun, KESUMA menyatakan bahawa tarikh gantian pada 2 Jun tersebut boleh diubah ke hari lain, namun ia mestilah mendapat persetujuan daripada pekerja terlebih dahulu.

KESUMA turut memberi peringatan tegas kepada majikan mengenai hak pekerja yang diminta bekerja pada hari kelepasan am. Pekerja yang bergaji RM4,000 dan ke bawah, atau mereka yang tertakluk di bawah Jadual Pertama Akta Kerja 1955, layak menerima bayaran tambahan pada kadar yang telah ditetapkan.
Pematuhan terhadap keperluan ini adalah mandatori dan majikan yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tindakan.
*Nota: Cuti gantian 2 Jun hanya terpakai jika Ahad adalah hari rehat dan syarikat memaklumkan Hari Wesak sebagai cuti umum.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



