Rakyat Amerika Bernama ‘Malaysia’ Undang Perhatian Ramai – “Selamat Datang Ke Negaramu”
Ini baru rare!
Cover image via @pgmn_gogogo (TikTok)
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi pilihan pelancong untuk bercuti kerana pelbagai makanan dan budaya menarik minat mereka
Namun begitu, tular pula sebuah video baru-baru ini apabila seorang warganegara dari Amerika mencuri tumpuan ramai gara-gara namanya yang unik.
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pgmn_gogogo, kelihatan wanita itu pertama kali datang ke Malaysia dan membuatkan ramai terkejut apabila dia memberitahu namanya.
Image via @pgmn_gogogo (TikTok)
"Nama saya Malaysia dan saya dari Amerika. Setakat ini, Malaysia sangat cantik dan seronok. Orang di sini semuanya baik-baik," katanya.
Menurutnya, makanan di sini juga sedap dan budayanya menarik. Apabila ditanya mengapa dia memilih Malaysia sebagai destinasi percutian, dia menjawab "sebab itu nama saya".
Lihat video tersebut di bawah:
Wow, first time dengar orang nama Malaysia. Terbaiklah!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


