Raja Bomoh, Oh Raja Bomoh. Kalau Sekarang Main Golf, Lepas Ni Apa Lagi?

"Saya diberitahu ada empat Hantu Raya dihantar untuk membunuh Anwar."

Enlarge text
Cover ImageCover image via YouTube
Logo

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP datang lagi! Kali ini di tempat letak kereta Penjara Sungai Buloh pula. Tujuannya adalah untuk menghalau "Hantu Raya" yang didakwa bakal membunuh Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara.

Image via null

Seperti biasa, Raja Bomoh memulakan upacaranya dengan "teropong sakti" beliau, barangkali untuk mengesan jejak makhluk ghaib yang disebutnya itu

Image via null

Upacara Raja Bomoh bagai tidak sah tanpa kehadiran buah kelapa. Beliau melagakan dua biji buah kelapa di kedua-dua tangannya beberapa kali sambil mengucap kalimah "Allahuakbar."

Image via null

Raja Bomoh kemudian duduk sebentar untuk berdoa agar Anwar Ibrahim dijauhkan dari segala kejahatan dan diberi perlindungan serta kekuatan untuk meneruskan kehidupan

Image via null

Untuk upacara penamat, Raja Bomoh memukul empat biji buah limau untuk menghalau dan membunuh 4 "Hantu Raya" yang dihantar untuk mengganggu Anwar

Image via null

Raja Bomoh sebenarnya begitu kecewa dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman terhadap Anwar Ibrahim. Ini komen beliau:

Tindakan Raja Bomoh ini benar-benar menjatuhkan maruah agama Islam. Persoalannya sekarang, kenapa beliau masih bebas? Dimana pihak berkuasa? Kenapa beliau tidak dikenakan apa-apa tindakan?

Image via null

Dalam pada itu, pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, dakwaan Ibrahim yang menyifatkan ada serangan ilmu hitam yang mahu membunuh Anwar Ibrahim di dalam penjara itu adalah syirik semata-mata

Pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah.

Image via null

Md Daud turut memberitahu, selepas ditangkap, Raja Bomoh dicadang dimasukkan ke dalam sel yang sama dengan Anwar di Penjara Sungai Buloh bagi menyenangkan urusannya menjaga Anwar

Image via null

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mohd Zain pula berkata sepatutnya sudah lama pihak berkuasa agama mengambil tindakan terhadap Raja Bomoh yang melakukan perkara-perkara khurafat

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA), Zamihan Mohd Zain.

Image via null

Anda boleh saksikan upacara "main golf" Raja Bomoh di tempat letak kereta Penjara Sungai Buloh di sini:

Apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami pada ruangan komen di bawah.

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: