Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP Bakal Diharamkan Di Negeri Perak
Raja Bomoh masuk berita lagi.
Cover image via thestar.com.myJawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan untuk mewartakan Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP 1Malaysia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin sebagai sesat dan haram
Image via thestar.com.my
Bagaimanapun, jawatankuasa itu tidak dapat menjangkakan tarikh sebenar pewartaan tersebut kerana ia perlu melalui pelbagai proses
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bakal mewartakan Raja Bomoh sebagai sesat dan haram
Image via www.scmp.com
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin berkata keputusan mewartakan fatwa terpulang kepada negeri masing-masing
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.
Image via www.mstar.com.my
Dalam Pada Itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata masyarakat perlu menghormati institusi agama sebagai badan berautoriti dalam membuat keputusan tentang hal berkaitan agama
Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
Image via therakyatpost.com
Raja Bomoh sebelum ini pernah menggemparkan umat Islam dengan upacara mencari pesawat MH370 yang hilang dengan menggunakan bubu mata pancing dan teropong daripada buluh, kelapa serta beberapa barangan lain:
MOST READ

