Raja Azura ‘Comeback’ Jadi Pengacara ABPBH 37, Digandingkan Bersama Penyanyi Versatil Shiha Zikir
Lama tak nampak Kak Engku atas pentas berprestij macam ni!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penganjur Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-37 dengan bangga mengumumkan kembalinya Raja Azura ke pentas ABPBH selepas kali terakhir mengacarakan anugerah ini dalam edisi ke-25 pada 2012
Raja Azura atau nama penuhnya Raja Azura Tengku Ahmad Tajuddin yang mencatat rekod mengendalikan ABPBH selama tujuh tahun, dijangka bakal membawa pengalaman, kepakaran dan kepetahan yang ada sebagai hos disegani.
Lebih dikenali dengan panggilan Kak Engku, kehadiran Raja Azura sebagai pengacara bukan sahaja mengimbau detik kegemilangan ABPBH malah memberi lambang bagaimana bakat dimilik bintang serba boleh ini mampu bertahan lebih tiga dekad, sesuai dengan tema ABPBH 37 – SATU Keunggulan.
Apa yang menarik adalah, Raja Azura yang mula melibatkan diri di pentas seni sejak 1990, juga menjadi salah seorang finalis ABPBH 37 dalam kategori Aktres Pembantu TV Popular.

Bakal ditemani penyanyi versatil, Shiha Zikir sebagai pasangan pengacara
Berganding dengan Raja Azura, penyanyi yang pernah mencipta kejayaan dalam program realiti di Indonesia dan pernah beraksi di pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL), Shiha Zikir
atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir bakal menghangatkan lagi malam kemuncak ABPBH 37.
Dengan aksi bersahajanya, semangat dan kreativiti sebagai penghibur pentas, gandingan Raja Azura dan Shiha bakal memberi sinergi dan tenaga luar biasa dalam memastikan objektif acara, iaitu meraikan karyawan, penggiat seni dan peminat, tercapai.
Acara karpet merah pula bakal dihoskan oleh pemenang utama program Pencarian Pelakon Drama Sangat dan Pitch Story Anda ke TV3, Ariana Yusof digandingkan bersama penyampai berita Buletin Utama TV3, Amirulhakim Lokman, akan disiarkan secara langsung melalui siaran MBuzz Terhangat bermula jam 8.00 malam.
Malam kemuncak ABPBH 37 akan disiarkan secara langsung di TV3 dan strim melalui Tonton pada jam 9 malam, Jumaat, 12 Disember 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 