Rafizi Ramli Cadang Umur 16 Tahun Pelajar Sepatutnya Sudah Tamat Persekolahan

Ahli Parlimen Pandan itu berpandangan ia memberi peluang kepada golongan itu untuk menyertai dunia pekerjaan pada usia lebih muda.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mencadangkan untuk menetapkan umur 16 tahun sebagai umur berakhir persekolahan

Menerusi laporan Berita Harian, Rafizi memaklumkan ia bertujuan bagi memberi lebih banyak peluang kepada golongan muda menyertai dunia pekerjaan lebih awal lagi.

"Sekolah mesti berakhir lebih awal pada umur 16 tahun kerana satu, kita negara menua.

"Keduanya, supaya anak-anak kita dapat mula menyertai sektor pekerjaan dengan lebih awal pada umur 21 tahun," katanya.

SAYS.com

Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Image via Facebook

Menumpukan aspek pendidikan bagi pembangunan masa depan negara

Mengulas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dikatakan tidak menumpukan aspek ekonomi dan projek pembangunan, Rafizi berkata sektor itu sudahpun diberi tumpuan sebelum ini manakala aspek pendidikan disifatkan penting untuk pembangunan masa depan negara.

Antaranya ialah soal perkhidmatan pendidikan prasekolah yang universal membabitkan kanak-kanak seawal umur lima tahun.

"Sebenarnya ini diperlukan kerana mengambil kira 'garbage in garbage out' kalau kanak-kanak tidak dididik dengan baik. Pada umur yang potensi perkembangan mereka baik pada umur lima ke sembilan tahun.

"Bila mereka masuk Darjah Satu dan Darjah Lima, buatlah macam mana pun. Mereka telah pun ketinggalan. Negara-negara lain menghabiskan sumber semasa pendidikan awal bukan masa universiti, Tingkatan 1 dan sebagainya.

"Sebab itu, kalau tengok dalam RMK13 kita tak letak angka pun, berapa bilion dan sebagainya. Tetapi komitmen untuk menyediakan pendidikan prasekolah secara universal.

"Bermakna sesiapa pun jadi kerajaan selepas ini, mesti membuat keutamaan untuk memastikan sekolah seluruh negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun mesti mampu memberikan perkhidmatan prasekolah yang universal kepada semua," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: