Radin & Amirah Selamat Bernikah, “Pokok Emas Sakura Ungu” Amelia Jewellery Raih Perhatian Ramai

Amelia Jewellery turut mencetuskan trend baharu dalam industri perkahwinan tempatan dengan memperkenalkan gold bar sebagai doorgift.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Amelia Jewellery
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penyampai radio popular stesen swasta, Radin, 36, secara rasmi menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati, Nur Amirah Shamsulbahrin, dalam sebuah majlis tertutup yang penuh indah di Ukay Hills baru-baru ini

Di sebalik kemeriahan majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat itu, tumpuan tetamu terarah kepada hantaran unik dan eksklusif tajaan Amelia Jewellery iaitu "Pokok Emas Sakura Ungu" serta pemberian kepingan emas (gold bar) sebagai buah tangan buat para tetamu.

Radin, atau nama sebenarnya Radin Amir Affendy Ahmad Aruani, menyifatkan keperibadian Amirah yang jujur dan ikhlas sebagai faktor utama beliau memilih ibu tunggal kepada tiga cahaya mata itu sebagai suri hidupnya.

"Kejujuran dan keikhlasannya buat saya yakin dialah orangnya. Walaupun Amirah mempunyai tiga orang anak, saya tidak menganggapnya sebagai beban, sebaliknya ia adalah satu tanggungjawab baharu yang saya galas dengan penuh rasa syukur," ujar Radin.

SAYS.com
Image via Amelia Jewellery

Hantaran ikonik disebalik pokok emas sakura ungu

Majlis tersebut diserikan dengan mas kahwin berjumlah RM15,020.26 beserta hantaran utama yang memukau mata. Amelia Jewellery membawakan rekaan pokok bernuansa perak keemasan yang dihiasi bunga sakura ungu dan gantungan aksesori emas asli.

Wakil Amelia Jewellery, Encik Hafiz, menjelaskan bahawa rekaan ini diinspirasikan daripada budaya Jepun di mana sakura melambangkan keindahan momen berharga.

  • Simbolik Warna: Warna ungu melambangkan keanggunan dan cinta yang matang.
  • Elemen Rekaan: Bulatan di belakang pokok melambangkan kesempurnaan ikatan perkahwinan yang tidak terputus.
  • Sentuhan Premium: Setiap dahan dihiasi dengan gantungan emas asli bagi memberikan impak mewah dan eksklusif.

SAYS.com
Image via Amelia Jewellery

Selain hantaran, Amelia Jewellery turut mencetuskan trend baharu dalam industri perkahwinan tempatan dengan memperkenalkan gold bar sebagai doorgift. Langkah ini dilihat jauh lebih bernilai dan eksklusif berbanding buah tangan konvensional.

"Pemberian gold bar melambangkan hubungan yang tulus dan bernilai tinggi. Sama seperti emas, nilai persahabatan dan kehadiran tetamu adalah sesuatu yang kekal berharga sepanjang masa," tambah Encik Hafiz.

Walaupun baru beroperasi kurang daripada setahun, Amelia Jewellery kini menjadi sebutan selepas pernah tular menghasilkan "Pokok Ufti Bunga Emas" untuk majlis Erra Fazira sebelum ini. Keupayaan jenama ini menghasilkan dekorasi custom mengikut citarasa pelanggan membuktikan kreativiti tempatan mampu bersaing di tahap premium.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik