Pulau Pinang Perkenal Sistem Denda Tempat Letak Kereta Secara Automatik

Tak boleh lagi larikan diri tanpa membayar.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perhatian buat pemandu di Pulau Pinang, anda mungkin perlu berfikir dua kali sebelum 'melarikan diri' dari membayar parkir

Hal ini kerana, negeri itu secara rasminya telah melancarkan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) serba baharu yang membayar denda tempat letak kereta secara automatik.

Penggunaan teknologi pengecaman aksara optik (OCR) dalam sistem parkir pintar baharu tersebut bukan sahaja membolehkan nombor plat kenderaan diterjemah ke data digital.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carz

Sistem boleh menyemak sama ada anda telah membayar parkir letak kereta atau tidak

Anda tidak boleh mengelak daripada membayar parkir kereta anda kerana sistem penguatkuasaan bagi mengesan pelanggaran peraturan parkir dapat dilakukan secara cepat, tepat dan automatik.

Menurut laporan Free Malaysia Today, jika anda belum melakukannya, denda akan dikeluarkan serta-merta dan dihantar terus ke aplikasi Penang Smart Parking anda.

Ini merupakan satu-satunya cara untuk membayar tempat letak kereta di lot yang diuruskan oleh majlis.

Difahamkan, sistem ini sudah mula berkuat kuasa pada Khamis lepas, 24 April. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Harian Metro

Menurut video Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), kenderaan yang dilengkapi ANPR bergerak di sekitar kawasan parkir untuk mengesan nombor plat kenderaan.

Nombor yang ditangkap dipaparkan pada skrin, dan sistem akan menyemak status pembayaran tempat letak kereta semasa.

Tonton video di bawah untuk melihat cara ia berfungsi:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: