Pukul Bodyguard Sebab Berpuasa, Bekas Majikan Dipenjara 6 tahun 10 bulan & Denda RM22,000

Difahamkan, kes tersebut berlaku pada hari pertama berpuasa iaitu pada 13 April 2021.

Cover ImageCover image via Blogspot & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dua pengawal peribadi yang dipukul majikan kerana berpuasa empat tahun lalu bersyukur selepas bekas majikan mereka dijatuhkan hukuman penjara dan denda di Mahkamah Majistret, hari ini

Menerusi laporan Harian Metro, insiden tersebut berlaku melibatkan dua pegawal peribadi, Mohd Azminizam Zulkepli, 48, dan Ahmad Shamsuri Zailani, 31, ketika berpuasa pada tahun 2021.

Menurut Mohd Azminizam, dia sehingga kini masih trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya ketika itu.

"Niat saya adalah untuk menyempurnakan ibadah Ramadan namun sebaliknya dihina dan dicederakan majikan ketika itu.

"Alhamdulilah, doa saya dan keluarga dimakbulkan Allah apatah lagi keputusan mahkamah ini juga pada bulan puasa,"
katanya.

Mohd Azminizam Zulkepli (kanan) serta Ahmad Shamsuri Zailani (kiri) di Mahkamah Majistret Klang.

Image via Harian Metro

Bekas majikan dikenakan hukuman penjara 6 tahun 10 bulan dan denda RM22,000

Bagi Ahmad Shamsuri pula, penat lelah ke mahkamah selama empat tahun dianggap berbaloi dengan keputusan yang diterima.

"Ia adalah keadilan buat kami dan perjuangan kami selama ini tidak hanya sia-sia. Terima kasih juga kepada rakyat Malaysia yang terus menyokong dan mendoakan kami," katanya.

Disebabkan menghina, mengugut dan mencederakan pengawal peribadinya kerana berpuasa empat tahun lalu, bekas majikan mereka yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dikenakan hukuman penjara enam tahun 10 bulan bersama denda RM22,000.

Majistret Siti Zubaidah Mahat menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Chung Chee Yang, 47, disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan terhadapnya pada 2021.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: