PU Syed Beri Nasihat Buat Pasangan Muda, Jangan Jadikan Isu Cerai & Talak Sebagai Konten
Ia susulan pempengaruh dicerai secara dalam live di TikTok baru-baru ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasangan pempengaruh, Siti Jamumall dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus, bercerai buat kali kedua baru-baru ini
Lafaz cerai tersebut dibuat secara langsung menerusi live TikTok di akaun @Sitijamumall sehingga ia menjadi tular di media sosial.
Menerusi perkongsian semula di TikTok @Aiyang.co, Khairul Aiman melafazkan cerai sebanyak tiga kali sebelum live tersebut dihentikan secara tiba-tiba.
"Siti Suriani binti Wahiddin, aku ceraikan kau dengan talak dua. See you in court," katanya.
Image via @Aiyang.co (TikTok)
Ekoran itu, pendakwah bebas, PU Syed tampil menjelaskan tentang isu lafaz talak yang telah dibuat oleh suami Siti Jamumall
Menurut PU Syed, pasangan itu perlu mendapat rujukan daripada pihak mahkamah berhubung perceraian mereka terlebih dahulu.
Difahamkan sekiranya perceraian tersebut sah, maka tiga talak sudah dijatuhkan berikutan mereka juga pernah bercerai sebelum ini.
Image via @pusyed_official (Instagram)
"Difahamkan mereka telah bercerai sebelum ini dan kali ini lafaz kedua talak diberikan. Ia telah mencukupkan kepada tiga kali kouta talak maka talak ini disebut talak bain kubro.
"Bagi kes ini, jika sah talak, mereka tidak boleh lagi rujuk sehinggalah isterinya bernikah dengan suami yang lain Syarat berkahwin lain, suami baru itu mestilah pernah 'bersama' dengan isteri tersebut lalu mereka bercerai. Kemudian barulah isteri boleh berkahwin semula dengan bekas suami.
"Jangan upah pak turut atau 'cina buta', pernikahan tersebut tidak sah. Berhati-hatilah, jangan jadikan cerai dan rujuk sebagai konten, pasti akan dapat kecaman.
"Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya juga dianggap bersungguh-sungguh, salah satunya adalah cerai. Walaupun kita bergurau dengan isteri, jatuh talak juga," jelasnya.
Lihat video penuh di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 