PTTI Rasmikan Cawangan Ketiga Di Shah Alam, Sedia Bantu Lebih 12,000 Pelajar SPM 2025 Seluruh Negara

PTTI menyasarkan seramai 500 calon SPM 2025 dari kawasan Shah Alam untuk menyertai program pembelajaran yang ditawarkan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via PTTI
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pusat Tuisyen terbaik negara yang sinonim dengan kecemerlangan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI, terus mengorak langkah dengan melancarkan cawangan ketiganya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini

Langkah ini menjadi sebahagian daripada strategi memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada lebih ramai pelajar di Malaysia.

Bersempena dengan pembukaan cawangan baharu ini, PTTI menyasarkan seramai 500 calon SPM 2025 dari kawasan Shah Alam untuk menyertai program pembelajaran yang ditawarkan.

Pada masa sama, PTTI menetapkan sasaran lebih besar iaitu 12,000 pelajar di seluruh negara untuk mengikuti sesi pembelajaran secara fizikal di tiga cawangan utama serta melalui platform pembelajaran dalam talian.

Sejak ditubuhkan, PTTI telah berjaya melahirkan ribuan pelajar cemerlang termasuk ratusan pelajar yang memperoleh keputusan straight A dalam SPM

Kejayaan ini dicapai melalui pendekatan tersusun melibatkan modul berfokus peperiksaan, bimbingan berterusan serta pengisian motivasi untuk meningkatkan keyakinan pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra dikenali sebagai Cikgu Fana berkata, pembukaan cawangan ketiga di Shah Alam ini adalah manifestasi komitmen PTTI untuk terus mendekati pelajar dan ibu bapa.

"Kami mahu setiap anak bangsa merasai pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan tetapi dalam masa sama berkesan. Sasaran 500 pelajar di Shah Alam dan 12,000 pelajar di seluruh negara bukanlah angka semata-mata, sebaliknya satu amanah besar yang akan kami laksanakan sebaiknya," katanya.

SAYS.com
Image via PTTI

Pada majlis pelancaran itu turut diserikan dengan kehadiran Duta PTTI iaitu MK K-Clique dan Iman Troye, yang berkongsi inspirasi bersama pelajar.

"Ilmu adalah kunci masa depan. Saya bangga bersama PTTI kerana mereka bukan sekadar mengajar, tetapi membimbing dan memberi semangat kepada anak-anak muda untuk berjaya. Saya mahu lihat lebih ramai pelajar Malaysia lahir sebagai insan yakin, berdisiplin dan mampu mencipta sejarah," kata MK K-Clique.

Sementara itu, penyanyi popular Iman Troye turut menzahirkan rasa bangga dapat menjadi sebahagian daripada keluarga PTTI sejak empat tahun lalu.

"Sebagai anak muda, saya faham cabaran belajar sambil mengejar cita-cita. Kehadiran PTTI memberi peluang besar kepada pelajar untuk belajar dengan cara lebih mudah difahami dan menyeronokkan. Saya yakin PTTI mampu melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang SPM tahun demi tahun," katanya.

SAYS.com
Image via PTTI

Dengan pembukaan rasmi cawangan ketiga ini, PTTI terus melangkah ke hadapan sebagai peneraju pusat tuisyen moden yang memberi impak besar dalam pembangunan generasi pelajar Malaysia.

Meneruskan misi membantu pelajar, PTTI bakal melancarkan Seminar Shortcut Last Minute SPM secara percuma dalam talian pada 27 hingga 30 Ogos ini.

Program yang terbuka kepada semua calon SPM di Malaysia ini boleh diakses melalui pendaftaran di laman web rasmi PTTI di www.ptti.my membolehkan lebih ramai pelajar memanfaatkan bimbingan berkualiti menjelang peperiksaan yang menentukan masa depan mereka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via PTTI
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: