PROTON Lancarkan Aplikasi Baru ‘MyProton’. Ini 8 Kemudahan Yang Anda Boleh Dapat

Semuanya di hujung jari!

Enlarge text
Logo

Hidup di dalam zaman serba moden dan canggih pastinya memudahkan kita untuk melakukan sesuatu perkara tanpa memerlukan masa yang lama

Seperti baru-baru ini, **PROTON Holdings Bhd** memperkenalkan aplikasi mudah alih baru, **MyProton** yang bertujuan memberi kemudahan kepada semua pengguna kereta nasional itu.

Ia boleh didapatkan melalui telefon pintar anda menerusi **Google Play Store** dan **Apple App Store**.

Image via SAYS

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata PROTON menyediakan akses kemudahan untuk pelanggan bagi mendapatkan maklumat di hujung jari seiring dengan keperluan pelanggan yang semakin moden

Menurutnya, aplikasi **MyProton** ini selari dengan gaya hidup orang ramai masa kini yang mana bergantung kepada telefon pintar dalam pelbagai situasi seperti membuat temu janji, mendapatkan maklumat, dan untuk membeli produk serta mendapatkan perkhidmatan.

Tambahnya lagi dengan aplikasi MyProton, pelanggan boleh menggunakan telefon pintar mereka untuk membuat temu janji menyelenggara dan memandu uji kereta Proton

8 kemudahan yang disediakan melalui aplikasi MyProton:

Image via SAYS

1. Temu janji untuk memandu uji kereta Proton

Image via SAYS

Temu janji pandu uji kereta PROTON tidak memerlukan masa yang lama. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki seperti di atas dan klik pada ***'Book Test Drive'***. Anda akan menerima maklumat dan butiran lanjut kemudiannya nanti.

2. Temu janji bagi servis atau penyelenggaraan kereta

Image via SAYS

Untuk pilihan ini, anda perlu mengisi semua maklumat yang dikehendaki kemudian klik pada ***'Book Service'***. Anda akan menerima maklumat dan butiran lanjut kemudiannya nanti.

3. Sambungan ke panggilan Mobile Assist untuk bantuan:

Image via SAYS

Pilihan ini memudahkan anda untuk menghubungi terus *hotline* PROTON. Klik saja pada pilihan ***'Mobile Assist'*** dan paparan seperti di atas akan mucul di skrin telefon mudah alih anda.

4. Maklumat mengenai semua model Proton

Image via SAYS

Klik sahaja pada mana-mana model kereta PROTON yang anda ingini. Segala maklumat terkandung di dalamnya.

5. Maklumat terkini mengenai promosi dan acara semasa

Image via SAYS

Segala maklumat mengenai *events* dan *promotions* ada di sini. Klik saja pada pilihan ***'Promo & Events'***.

6. Lokasi jualan PROTON dan pusat-pusat perkhidmatan

Image via SAYS

Melalui pilihan ini, anda akan dihubungkan terus dengan **Google Maps** yang mana memberikan *direct location* PROTON yang anda mahukan. Terdapat 4 jenis lokasi PROTON iaitu *showroom, service, body & paint,* dan stokis.

7. Sambungan ke saluran media sosial PROTON

Image via SAYS

Sambungan terus kepada media-media di atas pada pilihan ***'Connect'***

8. Kalkulator pengiraan pinjaman

Image via SAYS

Melalui pilihan ini, anda boleh mengira sendiri *monthly installment* dengan mengisi semua maklumat yang diperlukan. Bagaimanapun ini sekadar perkiraan kasar. Bantuan wakil PROTON adalah amat-amat digalakkan.

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal PROTON…:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: