Promosi Nikah Di Thailand Guna ‘Pay Later’ Cetus Kecaman Ramai, Tapi Apa Hukum Hutang Untuk Bayar Mahar?

Boleh ke?

Enlarge text
Cover ImageCover image via Utusan & Threads
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah hantaran di Threads telah tular apabila seorang lelaki mempromosikan perkhidmatan nikah di Thailand bayarannya boleh dilakukan secara pay later

Menerusi hantaran itu, lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ejen nikah di Thailand itu menyenaraikan harga yang perlu dibayar mengikut pakej di samping memaklumkan bayaran boleh dilakukan secara pay later.

Menurutnya, harga yang perlu dibayar untuk pakej nikah sahaja adalah RM1899, RM3699 untuk penambahan pengesahan konsulat dan RM9499 untuk pengesahan bersama sijil nikah Malaysia di Perlis.

"Jom kita kahwin Thailand pakai pay later, ya boleh bayar pakai pay later atau apa-apa BNPL (buy now pay later)," tulisnya.

Promosi tersebut mendapat kecaman ramai

Menerusi tinjauan di bahagian komen, rata-ratanya mengecam promosi tersebut ditambah pula dengan kenyataan yang ditulis dalam hantaran terbabit seolah-olah mempromosi poligami tanpa pengetahuan isteri.

Lihat antara komen di bawah:

SAYS.com
Image via Threads
SAYS.com
Image via Threads

Tapi bolehkah berhutang, terutamanya apabila melibatkan mahar atau mas kahwin?

Menurut portal rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, mahar merupakan pemberian yang wajib diberikan kepada isteri apabila akad nikah sudah termeterai dan ia boleh diberikan secara tunai atau hutang. Hukumnya adalah diharuskan dan mas kahwin tidak mempunyai kadar minimum dan maksimumnya.

Setiap sesuatu yang dinamakan harta atau boleh ditukar dengan harta, boleh dijadikan mas kahwin sama ada sedikit atau banyak, tunai atau hutang, atau sesuatu yang bermanfaat, seperti kain, sejadah, wang, tempat kediaman atau mengajar sesuatu kemahiran.

Akad nikah yang tidak dinyatakan mahar adalah sah, walaupun mahar tetap wajib diserahkan kemudiannya. Mahar adalah hak isteri. Justeru, isteri ada hak untuk menghalang diri daripada disetubuhi suami sekiranya suaminya belum memberikannya mahar yang dia minta untuk segerakan.

Sekiranya isteri telah bersetuju untuk menangguhkan bayaran mahar, maka dia tidak lagi layak menghalang diri daripada dipersetubuhi oleh suaminya. Namun, penangguhan itu perlu ditetapkan masanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest