Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang Dipertimbang Untuk Diubah Kepada Jambatan
Projek tersebut pertama kali dicadangkan pada 2011 sebagai sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kerajaan Pulau Pinang sedang mempertimbangkan untuk mengubah projek terowong bawah laut menghubungkan George Town dengan Butterworth kepada jambatan
Menerusi laporan Free Malaysia Today, exco prasarana itu, Zairil Khir Johari berkata kajian kebolehlaksanaan merangkumi jambatan dan reka bentuk alternatif lain telah pun siap pada 2023.
"Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan perubahan reka bentuk yang baharu iaitu daripada terowong dasar laut kepada jambatan merentasi Selat Pulau Pinang.
"Kajian pelaksanaan dijangka selesai dalam masa terdekat, dan reka bentuk baharu akan dimuktamadkan selepas itu.
"Penilaian impak lalu lintas dan semua penilaian sewajarnya akan dilaksanakan setelah itu," katanya.
Projek terowong berkenaan dikatakan masih relevan dan boleh memberi manfaat kepada masyarakat dan pembangunan negeri
Terdahulu, Zairil pernah memberi kenyataan bahawa terowong itu akan membantu mengurangkan kesesakan trafik di laluan menuju ke Jambatan Pulau Pinang dengan mengalihkan trafik ke laluan baharu.
"Reka bentuk baharu ini merupakan satu cadangan yang mempertimbangkan aspek kecekapan, kebolehlaksanaan, keberkesanan dan impak kepada sosial dan alam sekitar," katanya.
Pada 26 Februari lalu, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kajian kebolehlaksanaan projek terowong itu masih di peringkat penelitian.
Menurutnya, kerajaan negeri sedang meneliti beberapa perkara antaranya pembesaran pelabuhan North Butterworth Container Terminal (NBCT) yang melibatkan jajaran projek berkenaan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


Cover image via 