Program Malaysia Techlympics 2025 Cipta Sejarah, Catat Rekod Dua Rekod MBOR Di Melaka
Penganjuran program oleh MOSTI itu catat lebih 1.8 juta penyertaan sejak penganjuran peringkat zon bermula Mei lalu.
Cover image via Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Program Malaysia Techlympics 2025 mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya mencatat dua rekod Malaysia Book of Records (MBOR) serentak pada peringkat akhir kebangsaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) baru-baru ini

Program Malaysia Techlympics 2025 mencatat dua rekod Malaysia Book of Records serentak pada peringkat akhir kebangsaan yang berlangsung di MITC, Melaka baru-baru ini.
Image via Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)Image viaRekod berkenaan masing-masing bagi kategori Penyertaan Terbesar dalam Pertandingan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Belia Antarabangsa serta Bilangan Dron Terbanyak Diterbangkan Serentak di Dalam Bangunan.
Penganjuran program oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mencatatkan lebih 1.8 juta penyertaan sejak penganjuran peringkat zon bermula Mei lalu.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, ini termasuklah penyertaan antarabangsa dari Indonesia, Thailand, Kemboja, China dan Mongolia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang
Image via Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI)"Malaysia Techlympics merupakan antara inisiatif utama Mosti bagi membudayakan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) selaras dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021–2030.
"Mosti komited memastikan generasi muda negara bersedia menghadapi masa depan yang dipacu teknologi baharu termasuk robotik autonomi dan kecerdasan buatan (AI) yang kini mendapat perhatian global," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Akhir Kebangsaan yang disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.
Sebanyak 85 acara keterangkuman telah dilaksanakan di pelbagai lokasi menerusi Program Jangkauan Keterangkuman
Chang menambah, melalui Program Jangkauan Keterangkuman, sebanyak 85 acara keterangkuman telah dilaksanakan di pelbagai lokasi bagi memastikan murid luar bandar turut mendapat peluang menyertai program berimpak besar itu.
"Pelaksanaan program ini memerlukan gerakan whole of nation, termasuk sokongan terhadap pembangunan industri masa depan seperti teknologi angkasa, nadir bumi (REE), teknologi hijau, AI dan robotik," ujarnya.
Untuk rekod, program dua hari itu menghimpunkan lebih 4,750 peserta daripada 1,289 pasukan seluruh negara yang berentap dalam 35 kategori pertandingan sepanjang berlangsungnya Malaysia Techlympics 2025 di Melaka.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



