Program Licensing Math Expert Buka Peluang Usahawan Digital – “4 Pakar Pendidikan, 1 Sistem”
Program Math Expert direka khusus untuk membantu pelajar seawal Darjah 4 bagi menguasai subjek Matematik.
Cover image via Math ExpertFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Industri pendidikan digital Malaysia melakar sejarah baharu dengan pelancaran Program Licensing Tuisyen Online Math Expert
Inisiatif ini menggabungkan kepakaran empat figura dan organisasi pendidikan gergasi negara dalam satu sistem bersepadu bagi membuka peluang kepada orang awam serta usahawan menceburi bisnes tuisyen secara digital.
Majlis pelancaran yang berlangsung di IDCC Shah Alam itu menyaksikan gandingan strategik antara tiga pusat tuisyen terkemuka iaitu Aster Edu, Maths Catch dan Fateh Intelligence bersama-sama pakar strategi pembelajaran terkenal negara, Dr. Shukri Abdullah.

Dari kiri; Pengetua Aster Edu, Shahrin Zikri, Pakar Strategi Belajar, Dr Shukri Abdullah, Pengetua Maths Catch, Cikgu Rajaei dan Pengetua Fateh Intelligent, Ticer Liya.
Image via Math ExpertProgram Math Expert direka khusus untuk membantu pelajar bermula dari Darjah 4 sehingga Tingkatan 5 menguasai subjek Matematik melalui sistem pembelajaran yang tersusun. Selain fokus akademik, program ini menawarkan model perniagaan pelesenan (licensing) yang membolehkan usahawan memulakan pusat tuisyen dalam talian sendiri dengan menggunakan modul yang telah terbukti berkesan.
"Kami mensasarkan seramai 100,000 pelajar akan mendaftar melalui rangkaian Program Licensing Math Expert ini. Dalam masa sama, mereka akan mendapat manfaat pembelajaran terus daripada pakar-pakar pendidikan terbaik Malaysia," jelas wakil penganjur semasa majlis tersebut.
Peluang perniagaan untuk usahawan terutamanya kepada pengusaha kelas tuisyen
Inisiatif ini dilihat sebagai satu gerakan pendidikan berskala besar yang bukan sahaja memfokuskan kecemerlangan akademik, malah membantu melahirkan lebih ramai usahawan pendidikan digital. Program pelesenan ini diyakini mampu menjadi platform penjana pendapatan baharu tanpa perlu usahawan bermula dari kosong.
Antara kelebihan Program Licensing Math Expert:
- Modul Terbukti: Menggunakan sistem dan kepakaran daripada organisasi yang sudah mempunyai reputasi tinggi.
- Kepakaran Strategik: Kandungan pembelajaran diperkukuh dengan teknik belajar daripada Dr. Shukri Abdullah.
- Skalabiliti: Perniagaan berasaskan digital yang mempunyai capaian luas ke seluruh negara.

Pengetua Fateh Intelligent, Ticer Liya ketika Seminar Intensif Matematik anjuran Math Expert baru-baru ini.
Image via Math ExpertSelain menawarkan peluang perniagaan kepada usahawan, Math Expert komited memastikan pendidikan berkualiti dapat diakses oleh semua lapisan masyarakat. Sebagai tarikan utama, program ini menawarkan pakej pembelajaran yang sangat kompetitif iaitu RM89 untuk 4 subjek utama.
Pakej harga mampu milik ini direka untuk meringankan beban ibu bapa sambil memastikan pelajar mendapat bimbingan intensif daripada guru-guru pakar dalam bidang masing-masing.
Dalam pada itu, pihak penganjur berharap program ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik pelajar dalam subjek Matematik serta membuka lebih banyak peluang kolaborasi pendidikan pada masa akan datang.
Bagi mereka yang berminat untuk menceburi industri pendidikan melalui Program Licensing Math Expert, maklumat lanjut boleh didapati melalui laman web: www.MathExpert.my atau hubungi 018-293 2814 (En Rafat).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



