Program "Kita Main" Bantu Ibu Bapa Manfaatkan Buku & Mainan Untuk Perkembangan Anak-Anak

Menerusi program ini, ibu bapa yang layak bakal menerima set permainan khas yang dapat membantu perkembangan awal anak-anak.

Cover ImageCover image via Gen Gemilang

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Yayasan Generasi Gemilang (GG) memperkenalkan program baharunya, Kita Main khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil

Pada 11 Jun ini, bersempena International Day of Play, Yayasan Generasi Gemilang (GG) membawakan kesedaran akan kekurangan yang dihadapi keluarga-keluarga yang kurang berkemampuan melalui program berasaskan komuniti, Kita Main (program bebas daripada UNICEF).

Program Kita Main ini merupakan program perkembangan awal kanak-kanak yang menyokong ibu bapa dalam menyediakan rangsangan awal berkualiti untuk anak-anak mereka di rumah.

Selama 8 bulan, ibu bapa akan menerima buku, mainan, dan petua yang berguna untuk membantu anak-anak mencapai potensi mereka.

Dengan slogan, Main, Baca, Bina, program komuniti ini membawa tujuan membantu ibu bapa sebagai pendidik pertama anak mereka melalui aktiviti bermain.

Kajian mendapati, apabila aktiviti bermain digabungkan bersama aktiviti membaca, ia boleh membantu kanak-kanak kecil membina asas bahasa, pemikiran, dan minat belajar yang berkekalan.

Image via Gen Gemilang

Image via Gen Gemilang

Bantu golongan kurang berkemampuan memiliki kit khas perkembangan awal kanak-kanak

Walaupun ibu bapa di komuniti berpendapatan rendah ingin yang terbaik buat anak mereka, kekurangan sumber dan akses terhad kepada bahan pembelajaran menjadi halangan kepada usaha ibu bapa ini menyokong perkembangan awal yang bermakna.

Melalui kit permainan yang diterima, ibu bapa dapat mempelajari cara menggunakan buku dan mainan yang bersesuaian dengan usia anak bagi merangsang pembelajaran awal, menyokong pencapaian perkembangan penting dan yang paling utama, mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan anak.

Pada tahun 2025, tahun pertama pelancaran Kita Main, GG menyasarkan untuk membantu lebih banyak keluarga di Lembah Klang bagi membina asas yang kukuh dalam komuniti ini.

Visi GG adalah untuk mengembangkan program ini ke seluruh negara dan menjangkau lebih banyak keluarga berpendapatan rendah di seluruh Malaysia dalam tahun-tahun akan datang.

Peluang bermain tidak seharusnya menjadi sesuatu yang hanya dinikmati oleh golongan yang berkemampuan. Oleh itu, sempena 'International Day of Play' ini, GG mengajak para penderma awam untuk menaja sebuah set permainan bernilai RM80, atau menjadi penderma tetap dengan sumbangan serendah RM20 sebulan melalui www.gengemilang.org/donate.

Image via Gen Gemilang

Image via Gen Gemilang

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS