Isu Hadiah Ciput Junior Cycling M’sia, KJ dan Azizulhasni Cakap “Yang Penting Pengalaman”
Berbaloi atau tidak?
Cover image via SAYS via Cycling Malaysia MagazinePada 9 April lalu, satu program anjuran Kementerian Belia dan Sukan yang bernama Junior Cycling Malaysia telah diadakan di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Image via Cycling Malaysia Magazine/Facebook
Image via Cycling Malaysia Magazine/Facebook
Image via Cycling Malaysia Magazine/Facebook
Seramai lebih 700 orang peserta berumur dari 5 hingga ke 19 tahun telah terlibat dalam program tersebut. Pelbagai kategori yang dipertandingkan, antaranya ialah lelaki bawah 15, 13, 11 dan 9 tahun.
Program itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, **Yang Berhormat Khairy Jamaluddin** yang juga menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada acara kemuncak program.
Namun, ia telah menjadi bahan jenaka di laman Facebook kerana para pemenang telah dihadiahkan wang ringgit yang bernilai sangat 'ciput' serendah RM10 dan juga botol air
Pemenang bagi kategori 15 tahun menerima medal dan wang tunai RM50, naib juara RM40 manakala tempat ketiga, RM30 berserta medal.
Manakala untuk kategori 13 tahun, juara menerima medal dan wang tunai RM40. Bagi tempat kedua pula bernilai RM30 dan tempat ketiga serta keempat masing-masing mendapat RM20 berserta medal.
**Bagi peserta di tempat kelima pula mereka hanya menerima hadiah sebuah botol air.**
Nampaknya, ramai yang tidak berpuas hati dengan hadiah yang diberikan kepada pemenang setelah gambar-gambar sesi penyampaian hadiah tersebut mula tersebar di Facebook
Image via Cycling Malaysia Magazine/Facebook
Image via Cycling Malaysia Magazine/Facebook
Image via Nelly Dingle Ligunjang/Facebook
Setelah isu itu menjadi hangat, Khairy Jamaluddin tampil memberi kenyataan di laman Facebook miliknya
Image via Khairy Jamaluddin/Facebook
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Khairy Jamaluddin itu nampaknya disokong ramai dan sehingga kini *status* tersebut telah mendapat lebih dari 6 ribu *like* dan lebih seribu *share*.
Dalam masa yang sama, pelumba basikal kebangsaan Azizulhasni Awang turut memberi komen terhadap isu tersebut. Pelumba nombor satu dunia itu yakin pihak penganjur akan meningkatkan mutu penganjuran pada masa akan datang.
Image via Azizulhasni Awang/Facebook
Beliau turut berkongsi pengalaman beliau semasa di awal pembabitannya di dalam arena lumba basikal, beliau pernah berlumba beratus kilometer di bawah terik panas matahari hanya untuk memenangi medal plastik sahaja
Malah ketika beliau di peringkat junior banyak perlumbaan yang disertainya tidak menawarkan hadiah yang lumayan tetapi beliau tetap berlumba bukan untuk hadiah tersebut tetapi untuk memenangi perlumbaan.
Image via alchetron.com
Image via www.zimbio.com
Katanya, motivasi Intrinsik adalah bersifat lebih panjang, memberikan rangsangan dalam jangka masa yang lama, dan tidak mudah pudar dan hilang
Terangnya lagi, motivasi **Intrinsik** dan **Ekstrinsik** inilah yang menjadi dinding penghalang dan perbezaan untuk seseorang pergi lebih jauh di dalam sukan mahupun apa jua pekerjaan.
Image via www.fourthofficial.com


