Produk Penjagaan Kulit Korea, Centellian24 Kini Di Watsons Malaysia – “Rahsia Kulit Sihat Dari Farmasi Seoul”

Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan rangkaian produk Centellian24 secara eksklusif di cawangan Watsons seluruh negara.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dongkook Pharmaceutical, jenama farmaseutikal terkemuka dari Korea Selatan yang ditubuhkan sejak 1968, secara rasmi melebarkan sayapnya ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit dermatologi, Centellian24

Membawa reputasi global dengan rekod jualan luar biasa melebihi 96 juta unit, kemasukan Centellian24 ke Malaysia adalah bertepatan dengan permintaan tinggi terhadap produk penjagaan kulit yang berasaskan sains perubatan (derma-care).

Berbeza dengan produk kecantikan biasa, kekuatan utama Centellian24 terletak pada bahan aktif TECA (Titrated Extract of Centella Asiatica). Menurut Presiden Dongkook Pharmaceutical, Lee Geun Young, bahan ini dihasilkan melalui proses pengekstrakan yang sangat teliti.

"Daripada setiap 100 kilogram tumbuhan Centella asiatica, hanya sekitar 2% sahaja yang boleh diekstrak menjadi TECA. Ini menjadikannya bahan yang sangat pekat, tulen, dan jauh lebih berkesan dalam merawat kerengsaan kulit serta merangsang kolagen berbanding ekstrak biasa," jelas beliau.

SAYS.com

Dari kiri; Ketua Pegawai Operasi (COO), Sammoor Beauty, Lim Kuan Koon ; Naib Presiden, Dongkook Pharmaceutical, Ham Myeong Jin ; Presiden, Dongkook Pharmaceutical, Lee Geun Young ; Ketua Pegawai Operasi (COO), Watsons Malaysia, Danny Hoh dan Ketua Perdagangan, Watsons Malaysia, Carrol Tan.

Image via @centellian24_my (Instagram)

Inovasi 'skin science solution' untuk cuaca Malaysia

Pemilihan Malaysia sebagai destinasi pengembangan strategik dipengaruhi oleh faktor cuaca tropika yang panas dan lembap. Suasana ini sering menyebabkan masalah keradangan, kerosakan akibat sinaran UV, dan skin barrier yang lemah.

Menerusi pendekatan "Skin Science Solution", Centellian24 menawarkan dua produk "hero" untuk memenuhi keperluan kulit yang berbeza:

  • Madeca Cream Time Reverse: Tekstur kaya dan sangat melembapkan, ideal untuk kulit kering dan matang.
  • Madeca Cream Time Reverse Zero: Formulasi lebih ringan, sesuai untuk kulit kombinasi, berminyak, atau golongan muda.

Selain merawat parut dan tekstur kulit, inovasi terbaharu seperti Expert Madeca Cream Active Renew PDRN turut diperkenalkan bagi memberikan kesan awet muda (anti-penuaan) yang lebih intensif.

SAYS.com
Image via @centellian24_my (Instagram)

Sebagai jenama yang diedarkan secara meluas di rangkaian farmasi dan peruncit terkemuka Korea seperti Olive Young, Centellian24 kini membawakan standard keselamatan perubatan yang sama buat pengguna di Malaysia menerusi kerjasama pengedaran tempatan.

Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan rangkaian produk Centellian24 secara eksklusif di cawangan Watsons seluruh negara. Produk ini bukan sahaja membantu melembapkan kulit, malah bertindak sebagai pelindung (barrier) yang kuat untuk memastikan kesihatan kulit jangka panjang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via