Produk Lokal ‘Meletup’ Di TikTok Shop, Jualan Naik 130% Semasa Ramadan & Raya
Lebih 5,000 PMKS menerima manfaat pengecualian yuran komisen di bawah
Pakej Rangsangan #JomLokal Booster.
Cover image via TikTokFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sepanjang Ramadan dan Raya baru-baru ni, TikTok Shop rekodkan peningkatan jualan lebih 130% tahun ke tahun (YoY) dan yang paling menarik, ia didorong oleh PMKS tempatan serta jenama asli Malaysia
Lonjakan ini disokong oleh Pakej Rangsangan #JomLokal Booster bernilai RM20 juta, yang membantu mempercepatkan pertumbuhan usahawan tempatan dalam ekosistem e-dagang.
Pada masa sama, TikTok Shop turut meningkatkan pelaburan untuk memastikan pengalaman membeli-belah yang lebih selamat dan dipercayai.
Lebih 70 juta penyenaraian produk ditolak
Dalam usaha menjaga kualiti platform, TikTok Shop mengambil pendekatan tegas terhadap keselamatan.

Menurut Pengarah Kanan Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz, "Peningkatan jualan bagi jenama-jenama premium di TikTok Shop Mall mencerminkan peningkatan keyakinan dan kepercayaan pengguna. Keselamatan adalah keutamaan kami, dan TikTok Shop telah melaburkan hampir USD1 bilion di peringkat global dalam alat, teknologi dan tenaga kerja bagi melindungi komuniti pembeli, penjual serta pencipta afiliasi kami."
Selain itu, antara Januari hingga Jun 2025, TikTok Shop telah menolak lebih 70 juta cubaan penyenaraian produk di platform mereka, dengan kadar penyingkiran proaktif melebihi 99.5%. Dalam tempoh sama, sebanyak 1.4 juta permohonan akaun penjual juga tidak diluluskan kerana gagal memenuhi piawaian yang ditetapkan.
Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh kepercayaan pengguna terhadap platform.
Inisiatif #ShopSafe perkukuh kesedaran pengguna
Pada April 2025, TikTok Shop melancarkan #ShopSafe, satu inisiatif untuk mendidik pengguna mengenai amalan membeli-belah dalam talian secara selamat.
Ia selari dengan peningkatan aktiviti e-dagang yang semakin meluas dalam kalangan rakyat Malaysia.
Dalam masa sama, PMKS tempatan terus menunjukkan daya saing apabila berjaya:
- Meningkatkan keterlihatan produk
- Membina komuniti pelanggan sendiri
- Mengembangkan jenama melalui kandungan digital
Lebih 5,000 PMKS terima manfaat
Sejak diperkenalkan pada September 2025, #JomLokal Booster telah memberi manfaat kepada lebih 5,000 PMKS melalui pengecualian yuran komisen, selain berjaya melatih lebih 1,000 penjual baharu menerusi penganjuran 14 bengkel.
Inisiatif ini turut melahirkan lebih 1,000 pencipta afiliasi yang kini membantu mempromosikan produk tempatan di platform tersebut.
Usaha ini turut disusuli dengan penganjuran majlis Raikan Raya TikTok Shop, yang mengiktiraf penjual serta pencipta afiliasi terbaik sepanjang kempen.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, bersama Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, turut hadir merasmikan majlis ini sebagai mengiktiraf penjual tempatan serta pencipta afiliasi terbaik di platform tersebut sepanjang tempoh Ramadan dan Raya lalu.
Usahawan, PMKS dan jenama tempatan yang berminat boleh mendaftar di Pusat Penjual TikTok Shop serta meneroka tutorial langkah demi langkah melalui Akademi TikTok Shop.
Untuk maklumat lanjut mengenai #JomLokal oleh TikTok Shop, sila layari laman web ini.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

