Produk Coklat Tiramisu Tempatan Beryl’s ‘Sold Out’ Sebab Pengaruh Selebriti K-Pop Hwasa
Teringin pula nak beli!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bintang K-pop Hwasa dari MAMAMOO secara tidak sengaja telah mempromosikan salah satu produk jenama coklat Malaysia, Beryl's Classic Tiramisu Almond Chocolates semasa membuat live baru-baru ini
Semasa siaran live tersebut awal minggu ini, penyanyi dari Korea Selatan itu berkongsi obsesi snek semasanya dengan peminat, memegang sekotak coklat sambil menyifatkan ia "sangat lazat".
"Ini coklat dari Malaysia. Jinjja neomu masisseoyo (Ia sangat lazat)," katanya, dengan bangganya menekankan dari mana datangnya snek itu.
Hwasa juga mendedahkan bahawa dia pertama kali menemui coklat tersebut semasa lawatannya ke Malaysia pada Januari dan sangat menyukainya sehingga membeli beberapa kotak di rumah untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Buatkan lebih ramai peminat menjadi ingin tahu dan bergegas membeli sendiri coklat untuk merasanya sendiri
Walau bagaimanapun, beberapa pengguna media sosial berkongsi bahawa produk itu telah habis dijual di kedai berdekatan, memaparkan gambar rak kosong dan pemakluman habis dijual di platform dalam talian.
Yall cant leave at least a box of Beryl's tiramisu choc for me to try? 😭#hwasa #화사 https://t.co/LDdmBKT8IF pic.twitter.com/nNyIItbUSm
— Twit for Hwasa (화사) (@allabouthwasa) March 14, 2026
Hwasa selling out a halal certified brand during Ramadan, Maryam Hwasa 🌙 https://t.co/1PnOeg5YHF
— 나미 청이🧡IA (@hwasupreme) March 14, 2026
Menariknya, ini bukan kali pertama Hwasa menunjukkan rasa sukanya terhadap jenama tempatan itu
Semasa lawatan ke Malaysia pada Januari, Hwasa turut memaparkan coklat-coklat tersebut dalam hantaran Instagram gambar-gambar ketika di Malaysia.
Hwasa berada di Malaysia pada 31 Januari lalu untuk membuat persembahan di konsert K-SPARK di Stadium Merdeka, yang turut menampilkan artis-artis utama seperti G-Dragon, ITZY, dan DPR IAN.

Beryl's turut cakna akan perkara ini dan secara 'berlapik' beri penghargaan kepada bintang K-pop itu
Dalam satu hantaran di Instagram pada 16 Mac, jenama itu berkongsi gambar produk Classic Tiramisu Almond Dark Chocolate mereka dengan kapsyen "Mereka yang mempunyai citarasa yang baik, tahu."
Sesetengah peminat sejak itu mencadangkan agar Beryl's mempertimbangkan untuk menjadikan Hwasa sebagai duta jenama coklat ini.

hwasa's fav chocolate these days is beryl's tiramisu almond chocolate. when she was in malaysia, she bought several boxes because she loved it so much and even shared them with her friends 🧡 pic.twitter.com/U8UgnIXXQx
— 화사 hwasa's twit 🌸 (@whoreforhyejin) March 12, 2026
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 