Prince Syed Belanja RM1.5 Juta, Yakin Baju Rayanya & Keluarga Paling Mahal Di Dunia

Kalau dia mampu, apa salahnya kan?

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang influencer yang terkenal di TikTok, Prince Syed mendedahkan telah berbelanja RM1.5 juta hanya untuk baju raya dia dan keluarga

Menerusi laporan mStar, untuk isterinya sahaja, dia telah menyediakan 30 pasang baju raya untuk dipakai selama 30 hari di samping 30 beg tangan baharu dan 30 pasang kasut baharu.

"Secara keseluruhannya kos dalam RM1.5 juta. Saya rasa ini baju raya termahal dalam dunia. Kali ini 'terpelanting' semua orang.

"Tapi kos ini turut merangkumi baju dan aksesori saya serta dua anak kami yang berusia enam dan dua tahun," katanya.

Image via Facebook

Bukan membeli pakaian yang sudah siap tetapi menjahit baju rayanya sendiri

Kos yang dinyatakan itu bukanlah kos pembelian baju raya yang sudah siap tetapi kos barangan dan kain yang diperlukannya untuk membuat sendiri baju raya.

Menurut Prince Syed, tiga bulan merupakan tempoh masa yang diperlukannya untuk menyiapkan baju raya mereka seisi keluarga.

Tambahnya, dia menjahit baju raya tersebut di butik miliknya manakala pekerja di butik tersebut menguruskan tempahan baju raya pelanggan.

Image via Instagram

Dihiasi barang kemas mewah menyebabkan kos dilihat begitu tinggi

Menafikan dakwaan bahawa dia melakukan pembaziran setelah berbelanja RM1.5 untuk baju raya, dia memberitahu baju-baju raya tahun sebelumnya akan dijual kembali.

Begitu juga baju raya yang dipakai keluarga mereka tahun ini turut akan dijual untuk tujuan kebajikan.

Menurutnya, antara sebab kos pembuatan baju raya berkenaan begitu tinggi adalah disebabkan persalinan isterinya dihiasi barang kemas Swaroski dari Austria.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: