Premis Banyak Lipas, Kompleks Medan Selera Di Pulau Pinang Diarah Tutup 14 Hari

MBPP arah penutupan medan selera di Barat Daya Pulau Pinang selama 14 hari.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengarahkan sebuah kompleks medan selera di George Town ditutup 14 hari bermula Isnin, 26 Mei 2025

Ia selepas MBPP mendapati kawasan penyediaan makanan dan dapur premis itu dipenuhi lipas.

Menerusi kenyataan di Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang – MBPP, mereka memaklumkan Operasi Kebersihan Premis Makanan yang dijalankan itu, pihaknya mendapati tahap kebersihan premis berkenaan kurang memuaskan iaitu berada di bawah standard yang ditetapkan.

"Kompleks medan selera tersebut telah dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta selama 14 hari berkuat kuasa hari ini hingga 8 Jun nanti mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991," menurut kenyataan itu.

Penemuan urungan lipas di kawasan penyediaan makanan dan dapur

Dalam pada itu, antara aspek yang diberi perhatian adalah syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang seperti lesen perniagaan sah laku tempoh, kebersihan premis, pematuhan pengendali makanan dan sebagainya.

"Berikutan tahap kebersihan premis yang kurang memuaskan (berada di bawah standard yang ditetapkan) dan penemuan urungan lipas di kawasan penyediaan makanan dan dapur.

"Majlis Bandaraya Pulau Pinang sentiasa menitikberatkan kebersihan premis makanan bagi memastikan keterjaminan penyediaan makanan kepada pelanggan berada di tahap yang mencapai piawaian," katanya.

Lihat hantaran di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: