Prasarana Sedia Perkhidmatan 6 Van Percuma Untuk Kegunaan Mangsa Kebakaran Paip Gas
Difahamkan, mangsa terjejas boleh menggunakan fasiliti van Rapid KL On-Demand yang akan beroperasi bermula hari ini sehingga keadaan kembali stabil.
Cover image via Rapid KLFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebanyak enam van akan disediakan secara percuma sebagai perkhidmatan perantara pintu ke pintu bagi membantu mangsa yang terjejas dalam insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas yang berlaku di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights baru-baru ini
Inisiatif itu dilakukan Prasarana Malaysia Berhad (PRASARANA) melalui program PRASARANA Prihatin dalam usaha membantu mangsa terjejas dengan menggunakan fasiliti van Rapid KL On-Demand yang akan beroperasi bermula hari ini sehingga keadaan kembali stabil.
Prasarana dalam kenyataan berkata, operasi perkhidmatan itu adalah dari Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Masjid Putra Heights ke kawasan perumahan persekitaran Putra Heights, Kampung Puchong Tengah dan Kampung Kuala Sungai Baru.
Menurutnya, selain kapten bas, pegawai pengawal trafik kanan dan polis bantuan akan turut berada di lokasi bagi membantu pergerakan komuniti dari dan hingga ke PPS, disamping memastikan perkhidmatan berkenaan berjalan lancar.
Image via Rapid KL
Inisiatif itu bertujuan untuk memudahkan pergerakan mangsa bagi mendapatkan barang keperluan serta dokumen peribadi mereka dari rumah masing-masing, sementara mereka ditempatkan di PPS
"Prasarana turut bekerjasama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling bagi memastikan keperluan mobiliti mangsa diuruskan dengan sebaiknya," katanya.
Prasarana berkata, pihaknya bertekad untuk sentiasa memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan pengangkutan awam yang bukan sahaja bertumpu kepada mobiliti harian rakyat, malah juga tanggungjawab korporat dalam membantu komuniti yang memerlukannya.
"Semoga inisiatif ini dapat meringankan beban mangsa terjejas akibat insiden kebakaran berkenaan," ujar kenyataan itu lagi.
Image via Rapid KL


