Prasarana Catat Rekod Tertinggi, Seramai 1.54 Juta Guna Pengangkutan Awam Sambut Tahun Baru 2026

Ramai betul!

Enlarge text
Cover ImageCover image via NSTP/Ahmad Ukasyah & Rapid KL
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) catat rekod tertinggi dalam sejarah penubuhannya apabila merekodkan 1.54 juta perjalanan penumpang rel dan bas pada sambutan ambang Tahun Baharu 2026

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Prasarana, jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.76 peratus berbanding tahun sebelumnya sekali gus membuktikan keberkesanan kecekapan operasi dan pengurusan pengangkutan awam di Lembah Klang serta Pulau Pinang ketika lonjakan permintaan tinggi.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata kira-kira 3,000 anggota barisan hadapan Rapid KL digerakkan bagi memastikan kelancaran operasi, termasuk kawalan orang ramai dan keselamatan penumpang sepanjang malam sambutan.

Menurutnya, kerjasama strategik bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pengurusan trafik dan penguatkuasaan laluan bas membantu perkhidmatan beroperasi mengikut jadual meskipun berdepan kesesakan teruk di kawasan tumpuan.

"Penyelarasan operasi yang cekap membolehkan perkhidmatan Rapid KL beroperasi dengan lancar walaupun berlaku lonjakan penumpang yang tinggi di beberapa lokasi utama," katanya dalam kenyataan.

SAYS.com
Image via Rapid KL

Jumlah penumpang rel mencecah 1.29 juta, manakala perkhidmatan bas termasuk Rapid On-Demand (ROD) merekodkan 251,737 penumpang

Bagi perkhidmatan rel, Laluan Kajang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 396,141 penumpang, diikuti Laluan Kelana Jaya (321,381), Putrajaya (234,158), Ampang/Sri Petaling (246,885) dan Monorel (90,748).

Sementara itu, bagi perkhidmatan bas, Rapid KL merekodkan 183,944 penumpang, diikuti Rapid Penang (48,002) dan BRT Sunway (19,791).

Amir berkata, kejayaan operasi berskala besar itu mencerminkan tahap kesiapsiagaan serta profesionalisme kakitangan Prasarana dalam memastikan perkhidmatan pengangkutan awam dapat diurus secara selamat dan berkesan walaupun dalam situasi mencabar.

Menurutnya, koordinasi antara Polis Bantuan Prasarana, penganjur acara serta pasukan keselamatan pusat beli-belah utama seperti Pavilion Bukit Bintang, TRX Mall dan Suria KLCC memainkan peranan penting dalam mengurus aliran penumpang dan memastikan tahap keselamatan berada pada tahap optimum.

Prasarana turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan, rakan strategik serta orang ramai yang memilih pengangkutan awam, sekali gus menyokong agenda mobiliti bandar yang lestari.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: