Power Bank Tidak Lagi Boleh Digunakan Di Dalam Pesawat Sepanjang Penerbangan – AirAsia

Peraturan baharu itu berkuat kuasa mulai 1 April 2025.

Enlarge text
Cover ImageCover image via AirAsia Newsroom & Mojogear
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Syarikat penerbangan, AirAsia telah mengemas kini peraturan larangan penggunaan dan pengecasan bateri mudah alih (power bank) di dalam semua penerbangannya mulai 1 April 2025

Menerusi laporan AirAsia, langkah itu selaras dengan piawaian keselamatan penerbangan global untuk mengurangkan risiko insiden berkaitan bateri semasa penerbangan berjalan.

Pelanggan perlu mematuhi peraturan baharu syarikat penerbangan iaitu memastikan power bank yang dibawa tidak melebihi 100 watt-jam (Wh). Manakala, power bank antara 100Wh dan 160Wh memerlukan kelulusan syarikat penerbangan di kaunter daftar masuk agar proses berjalan lancar.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Mojogear

Bagi tujuan keselamatan, berikut adalah peraturan semasa penerbangan:

  • Bateri mudah alih mesti disimpan di dalam poket tempat duduk di hadapan atau di bawah tempat duduk.
  • Bateri mudah alih dilarang disimpan di dalam ruang penyimpanan atas.
  • Bateri mudah alih dilarang digunakan sepanjang penerbangan.
  • Bateri mudah alih dilarang digunakan untuk mengecas peranti elektronik mudah alih lain sepanjang penerbangan.

Seperti yang anda sedia maklum, power bank dilarang sama sekali dimasukkan ke dalam bagasi daftar masuk dan mesti dibawa ke dalam kabin.

AirAsia akan mempamerkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk dan membuat pengumuman semasa menaiki pesawat dan di dalam penerbangan untuk memastikan pematuhan yang lebih efektif.

Image via Aviation A2Z

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: