Potensi 2026 Bantu Usahawan Kekal Bertahan Dalam Tekanan Ekonomi – “Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang Dan Bisnes”
Satu inisiatif bagi membantu usahawan meningkatkan daya tahan serta keupayaan mengurus perniagaan.
Cover image via RichWorksFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin mencabar, mentor usahawan tersohor, Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama RichWorks Group Holdings Berhad (RichWorks) melancarkan inisiatif terbaharu, "Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes"
Program yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini dirangka khusus untuk memperkasakan komuniti usahawan tempatan agar lebih berdaya tahan, strategik dan mampu menguruskan perniagaan dengan efektif di sebalik tekanan kos operasi serta perubahan pasaran yang pantas.
Potensi 2026 bukan sekadar program teori, sebaliknya ia menekankan pendekatan holistik yang menyentuh pembangunan dalaman usahawan. Antara fokus utama termasuklah:
- Pembangunan Minda (Mindset): Membina ketahanan mental agar usahawan tidak mudah berputus asa.
- Pengurusan Kewangan: Strategi aliran tunai yang kukuh untuk menghadapi kenaikan kos.
- Strategi Bisnes Praktikal: Penyesuaian model perniagaan agar kekal relevan dalam ekonomi semasa.

Pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records
Sinergi bimbingan RichWorks terus membuktikan keberkesanannya apabila syarikat tersebut secara rasmi menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records sebagai Penyedia Program Pementoran Keusahawanan PMKS Terbesar di Malaysia.
Sejak tahun 2021 hingga Februari 2026, RichWorks telah membimbing seramai 4,302 usahawan yang berjaya menjana jualan terkumpul luar biasa sebanyak RM15.1 bilion.
Datuk Wira Dr Azizan Osman menegaskan bahawa pencapaian ini adalah refleksi kepada transformasi menyeluruh para usahawan di bawah bimbingannya.
"Pencapaian ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan perubahan mindset, kepimpinan, dan strategi bisnes. Ia lahir daripada tindakan konsisten para usahawan yang sungguh-sungguh mahu berkembang walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar," ujar beliau.

Menerusi pelancaran Potensi 2026, RichWorks berharap dapat meneruskan kesinambungan kejayaan ini dengan menyediakan bimbingan yang selari dengan cabaran ekonomi 2026. Pendekatan yang digunakan direka untuk memastikan Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) bukan sahaja mampu bertahan, malah bangkit dan terus berkembang.
Usahawan yang berminat untuk menguasai potensi diri dan bisnes digalakkan untuk menyertai inisiatif ini bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka dalam jangka masa panjang.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



