Polisi Baharu Batik Air: Hanya Dua Unit Power Bank Dibenarkan Bawa Masuk Kapal Terbang

Polisi baharu ini berkuat kuasa serta-merta.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Malaysia Gazette & Wirecutter
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Batik Air kini hanya membenarkan seorang penumpang membawa maksimum dua unit power bank berkuat kuasa serta-merta

Menurut laporan Harian Metro, pihak Batik Air komited mengekalkan standard keselamatan tertinggi sambil memastikan pengalaman perjalanan yang lancar.

"Berkuat kuasa serta-merta, penumpang hanya dibenarkan membawa maksimum dua unit power bank, yang mesti sentiasa disimpan bersama individu (on-person) dan tidak boleh diletakkan dalam bagasi kabin (carry-on baggage).

"Power bank juga kekal dilarang dalam bagasi daftar masuk di semua penerbangan Batik Air,"
katanya.

Image via null

Selain itu, penggunaan power bank di dalam kabin adalah dilarang sama sekali

Batik Air berkata, pihaknya menghargai kerjasama semua penumpang dalam mematuhi polisi baharu ini yang selaras dengan amalan terbaik industri bagi meningkatkan langkah keselamatan dalam penerbangan.

"Penumpang juga dinasihatkan supaya berhati-hati ketika membawa bank kuasa dengan ciri pengecasan automagnet kerana ia boleh mendatangkan risiko tambahan," katanya.

Dalam pada itu, selaras dengan Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), bank kuasa yang dibawa ke dalam pesawat tidak boleh melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 milliampere-jam (mAh).

Difahamkan, peringatan keselamatan akan dipaparkan dengan jelas di kaunter daftar masuk, dan ia ditekankan melalui pengumuman sebelum penerbangan serta taklimat dalam pesawat bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

"Kakitangan daftar masuk juga akan memeriksa bank kuasa sebelum penumpang menaiki pesawat bagi memastikan ia dalam keadaan baik serta mematuhi had watt-jam (Wh) yang ditetapkan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: