Polis Tahan CEO Batu, Bantu Siasatan Kes Dakwaan Hantar Gambar Lucah Kepada Budak 14 Tahun

Difahamkan, pempengaruh tersebut mendakwa terlupa untuk menyunting gambar terbabit terlebih dahulu.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pempengaruh yang terkenal di TikTok, CEO Batu telah ditahan polis bagi membantu siasatan selepas tular dakwaan dia menghantar gambar lucah kepada remaja berusia 14 tahun

Menerusi laporan Harian Metro, lelaki berusia 22 tahun itu terlebih dahulu telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak semalam sebelum direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan telah menerima laporan berkaitan kes terbabit.

"Ya, kami dah siasat," katanya ringkas ketika dihubungi.

Tangkap layar perkongsian Caprice di Instagram.

Image via @capricedaddycap (Instagram)

Sebelum ini, tular di media sosial tangkap layar yang didakwa perbualan antara pempengaruh itu bersama mangsa yang menerima gambar lucah berkenaan

Menerusi sebuah perkongsian @capricedaddycap di laman Instagramnya, dia mendedahkan sebuah tangkap layar perbualan didakwa antara CEO Batu dengan seorang remaja bawah umur mengandungi unsur lucah.

Remaja yang dikenali sebagai Isha itu dilihat bertanya kepada bila dapat membuat kandungan bersama pempengaruh tersebut sebelum perbualan itu dibawa ke WhatsApp.

Gambar yang mempunyai unsur lucah itu dihantar setelah perbualan dimulakan oleh individu didakwa CEO Batu ingin menunjukkan parut kepada remaja terbabit.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: