PMX Umum Penjawat Awam Yang Sambung Belajar Akan Dapat Hadiah & Insentif Kewangan
Perdana Menteri mengumumkan perkara itu pada MAPPA XX di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) berbentuk insentif kewangan kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian
Menerusi laporan Kosmo!, insentif ini akan diberikan kepada penjawat yang memulakan dan menamatkan pengajian lebih tinggi diiktiraf semasa dalam perkhidmatan di samping menggunakan perbelanjaan sendiri.
Anwar berkata, insentif kewangan yang diumumkan itu dikhaskan kepada pegawai awam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
"Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri. Elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagi lah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta," katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Dasar Pembangunan Bakat Perkhidmatan Awam di Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20 (MAPPA XX) di Putrajaya hari ini.
Image via NSTPImage viaJumlah berbeza mengikut peringkat pendidikan
Menurutnya lagi, pemberian insentif ini adalah berbeza mengkiut peringkat pendidikan masing-masing.
"Ia akan beri manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, tunjuk kita galakkan pegawai awam tingkatkan keupayaan mereka atas ikhtiar dan inisiatif sendiri.
"Bagi sarjana kedoktoran falsafah (PhD) sebanyak RM1,250, sarjana RM1,000, sarjana muda RM750, manakala diploma atau setaraf RM500," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 