PMX Umum Mahasiswa Indonesia Belajar Di Malaysia Yang Terkesan Banjir Terima Bantuan RM500

Lebih 900 kematian direkodkan di seluruh Indonesia akibat banjir dengan ratusan lagi masih hilang setakat 6 Disember.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat banjir di Aceh dan Sumatera Utara akan diberikan bantuan RM500 setiap seorang

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bantuan oleh kerajaan Malaysia itu merupakan sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan.

"Malaysia menzahirkan rasa simpati dan dukacita kepada kerajaan Indonesia dan seluruh rakyatnya atas bencana yang menimpa Aceh dan Sumatera Utara serta bersolidariti bersama saudara kita yang sedang melalui detik sukar ini.

"Sebagai tanda ihsan dan persahabatan antara dua negara jiran yang berkongsi hubungan kekeluargaan, Malaysia akan menyalurkan sumbangan RM500 seorang sebagai permulaan kepada pelajar Indonesia yang sedang menuntut di Malaysia dan terkesan akibat bencana itu," katanya.

Tambahnya, pelajar Indonesia di Malaysia yang terkesan boleh mendaftar dengan institusi pengajian masing-masing.

"Ia bagi membolehkan bantuan diselaras dan disalurkan mengikut keperluan mereka," menurut kenyataan itu.

SAYS.com

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image via Facebook

Ratusan nyawa telah terkorban dan Indonesia alami kemusnahan infrastruktur penting

Menerusi laporan Berita Harian, wilayah Aceh di utara Indonesia kini berdepan krisis kesihatan yang semakin meruncing selepas dilanda banjir besar dan tanah runtuh yang mengorbankan ratusan nyawa serta memusnahkan infrastruktur penting.

Menurut laporan Tinjauan Situasi oleh Indonesia Humanitarian Coordination Platform (IHCP), hujan lebat sejak akhir November menyebabkan banjir dan tanah runtuh di 37 daerah di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.

Kementerian Kesihatan Indonesia memberi amaran peningkatan kes penyakit bawaan air seperti cirit-birit, demam denggi dan jangkitan kulit.

Kekurangan bekalan air bersih dan sanitasi yang teruk di pusat pemindahan mempercepatkan penularan penyakit, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

SAYS.com
Image via Reuters

Lebih 900 kematian direkodkan di seluruh Indonesia akibat bencana ini dengan ratusan lagi masih hilang

Di Aceh, anggota pasukan penyelamat dan sukarelawan bertungkus-lumus menghulurkan bantuan namun usaha mereka terjejas akibat jalan yang terputus dan cuaca yang tidak menentu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi bantuan antarabangsa telah digerakkan untuk menyalurkan bantuan kecemasan, termasuk bekalan makanan, ubat-ubatan dan khemah.

Namun, skala kemusnahan yang meluas menjadikan operasi bantuan lebih mencabar.

Pihak berkuasa tempatan menyeru sokongan segera daripada kerajaan pusat dan komuniti antarabangsa bagi mempercepatkan pemulihan dan mengelakkan krisis kesihatan yang lebih buruk.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
MOST READ
0

Category of interest

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: