PMX Nafi Lebih 5,000 Hektar Tanah Diserah Sebagai Pampasan Indonesia Susulan 3 Kampung Masuk Malaysia

Tiga kampung yang terlibat itu ialah Kampung Kabungalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Malaysia menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia sebagai pampasan tiga kampung negara itu memasuki wilayah negara

Menerusi laporan Harian Metro, Anwar menafikan penyerahan 5,207 hektar tanah kepada Indonesia susulan tiga kampung di sempadan Sabah-Kalimantan dikatakan kini termasuk dalam wilayah pentadbiran Malaysia.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan kerajaan akan mengadakan rundingan secara baik dalam mencari penyelesaian berhubung isu tiga kampung yang dilaporkan termasuk dalam wilayah Malaysia susulan peralihan garisan sempadan antara kedua-dua negara.

"Ini tidak betul (penyerahan tanah). Tetapi kita akan berunding secara baik," katanya ringkas.

SAYS.com
Image via Sinar Harian

Isu melibatkan tiga kampung di kawasan Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara

Tiga kampung berkenaan ialah Kampung Kabulangalor, Kampung Lepaga dan Kampung Tetagas yang terletak berhampiran sempadan Tawau, Malaysia.

Peralihan garisan sempadan ini dimaklumkan Setiausaha Badan Nasional Pengurusan Sempadan Indonesia (BNPP), Komjen Polis Makhruzi Rahman, pada mesyuarat bersama Suruhanjaya II Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia di Kompleks Parlimen, Senayan, Rabu lalu.

Makhruzi berkata, perubahan itu berkait penyelesaian beberapa 'Outstanding Boundary Problem' (OBP) atau isu sempadan yang sebelum ini belum dimuktamadkan antara Indonesia dengan Malaysia, khususnya membabitkan Pulau Sebatik yang terbahagi kepada dua pentadbiran negara.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: