PMX Arah Bantuan Disalurkan Kepada Mangsa & 15 Pelajar UPSI Yang Maut Dalam Nahas Bas

Nahas tersebut dilaporkan berlaku awal pagi tadi di jalan Gerik menghala ke Jeli.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Kosmo & APM Hulu Perak
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim turut berdukacita dengan tragedi nahas bas mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) awal pagi tadi

Menerusi perkongsiannya di Instagram, beliau meyampaikan takziahnya di samping memaklumkan akan menyalurkan bantuan sewajarnya kepada keluarga-keluarga mangsa.

"Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.

"Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

"Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.

"Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi. Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti," tulisnya.

Image via APM Hulu Perak

Nahas dilaporkan berlaku pada jam 1 pagi membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV)

Menerusi laporan Sinar Harian, 15 individu terdiri daripada pelajar universiti maut dalam nahas melibatkan sebuah bas dan MPV di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding pada awal pagi Isnin.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan laporan kemalangan tersebut melibatkan 48 mangsa.

"Kematian melibatkan 13 mangsa di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.

"Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam zon merah, 20 mangsa di zon kuning dan 16 mangsa di zon hijau di Hospital Gerik," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: