Platform ‘MyPoket’ Tawar Panduan Bijak Untuk Perancangan Kewangan Buat Pengguna

Pengguna dapat merancang kewangan mereka dengan lebih bijak melalui platform MyPoket.

Enlarge text
Cover ImageCover image via MyPoket
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

MyPoket, merupakan platform inovatif yang diasaskan oleh Awis Qurni Zakariah iaitu berkomitmen untuk meningkatkan kesedaran kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia

Platform ini bertujuan menyediakan akses kepada laporan kredit yang komprehensif serta perkhidmatan konsultasi kewangan yang disesuaikan, bagi membantu individu memahami kedudukan kewangan mereka dan membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

MyPoket menawarkan kemudahan akses kepada laporan pelapor kredit dari pelbagai sumber seperti CCRIS, CTOS, Experian, dan Angkasa. Laporan ini memberikan gambaran jelas tentang status kewangan individu, termasuk rekod pembayaran pinjaman, senarai hitam, dan jumlah pinjaman yang belum diselesaikan. 

Melalui MyPoket , rakyat Malaysia digalakkan untuk memeriksa laporan pelapor kredit mereka sekurang-kurangnya sekali setahun bagi mengelakkan konflik kewangan yang tidak diingini dan memastikan mereka dapat merancang kewangan mereka dengan lebih jelas.

Pengasas MyPoket, Awis Qurni Zakariah

Image via MyPoket

Pengguna dapat merancang kewangan mereka dengan lebih bijak melalui platform MyPoket

Sementara itu, MyPoket merupakan platform konsultasi kewangan yang memberi panduan kepada rakyat Malaysia tentang anggaran pinjaman yang mereka layak mohon, berdasarkan pendapatan dan komitmen kewangan mereka. Pengguna hanya perlu memasukkan maklumat kewangan mereka ke dalam sistem MyPoket

Sistem Mypoket akan memberikan anggaran keboleh pinjaman seperti pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi dan perniagaan. 

Melalui MyPoket , pengguna dapat merancang kewangan mereka dengan lebih bijak dan mengetahui batas kemampuan kewangan mereka sebelum membuat keputusan kewangan mereka.

MyPoket juga menekankan kepentingan semakan laporan pelapor kredit secara berkala untuk memastikan kewangan individu sentiasa dalam keadaan yang sihat. 

Sebarang keculasan dalam pembayaran pinjaman atau rekod kredit yang buruk boleh mempengaruhi kelulusan pinjaman pada masa depan, justeru semakan berkala adalah langkah penting dalam menjaga kestabilan kewangan.

Image via MyPoket

MyPoket bukanlah institusi pemberi pinjaman, ia merupakan platform yang menawarkan pendidikan kewangan dan konsultasi berdasarkan laporan pelapor kredit yang tepat.

MyPoket juga memberi info kewangan yang lebih terperinci mengikut data kewangan pengguna dengan hanya bayaran RM50 untuk setiap konsultasi. 

Melalui perkhidmatan ini, pengguna juga dapat memperoleh laporan kredit yang diperlukan dan memahami keadaan kewangan mereka dengan lebih jelas, sekaligus membuat keputusan kewangan yang lebih bijak.

Sasaran MyPoket untuk tahun 2025 adalah untuk memberikan konsultasi kewangan kepada 1,000 orang setiap hari. 

Dengan sasaran ini ianya dapat membantu lebih ramai rakyat Malaysia dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak, seterusnya meningkatkan kesedaran kewangan serta mengelakkan masalah kewangan yang boleh menjejaskan masa depan mereka.

Image via MyPoket

Konsultasi dan permohonan pinjaman boleh didapati secara atas talian, setelah pinjaman lulus pelanggan akan diminta ke bank,koperasi atau agensi kerajaan untuk menandatangani tawaran pinjaman yang telah diluluskan.

Melalui sosial media MyPoket berkempen untuk rakyat Malaysia mempunyai kesedaran membuat semakan laporan MyPoket dan pelapor kredit sekurang-kurangnya setahun sekali supaya rakyat Malaysia tahu kedudukan kewangan mereka. 

Untuk rekod, selama tiga tahun beroperasi MyPoket telah berjaya memberi konsultasi kepada lebih 100,000 pelanggan dan jumlah dijangka akan terus meningkat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: