Platform Media Sukan Terkenal Antarabangsa Siar Kisah Kebangkitan Faisal Halim

Bagaikan Phoenix bangkit dari abu, bangkit membina satu keindahan baru.

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Beberapa media sukan terkenal antarabangsa telah berkongsi kisah kebangkitan pemain bola sepak negara, Faisal Halim yang kembali bersinar dalam skuad kebangsaan

Antara yang berkongsi kisah penyerang negara itu ialah media GiveMeSport yang mempunyai pengikut sebanyak 26 juta di Facebook.

Media sukan tersebut telah berkongsi kisah Faisal Halim selepas beliau berjaya menjaringkan satu sepakan percuma cantik dalam perlawanan menentang Laos baru-baru ini.

"Pada Mei 2024, Faisal Halim dari Malaysia menjadi mangsa serangan asid yang mengerikan. Beliau melecur tahap empat dan menghabiskan tiga minggu di hospital Malaysia.

"Faisal Halim kembali ke pasukan kebangsaan minggu ini, memulakan perlawanan pertamanya untuk negaranya dalam tempoh 17 bulan, dan memperingatinya dengan menjaringkan sepakan percuma sejauh 25 ela.

"Keberanian yang luar biasa. Selamat kembali Faisal," kongsi media itu.

SAYS.com
Image via GiveMeSport (Facebook)

Sebuah lagi media sukan antarabangsa yang terkenal di laman sosial X, telah berkongsi video jaringan Faisal Halim

Menerusi sebuah video hantaran Men in Blazers di X, media sukan berkenaan menceritakan kisah di sebalik gol jaringan Faisal Halim itu kepada pengikutnya.

"Pada permulaan antarabangsa pertamanya sebagai kesebelasan utama sejak 17 bulan lalu di samping semangat yang tidak pernah putus, Faisal melakukan ini. Luar biasa," tulis media itu.

Men in Blazers merupakan sebuah media sukan yang menumpukan kisah-kisah di sebalik bola sepak terutamanya dari sudut pandangan pemain itu sendiri.

Media tersebut mempunyai lebih 323.7 ribu pengikut di laman sosial X dan turut diikuti oleh wartawan sukan terkenal dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano.

Lihat jaringan cantik Faisal Halim di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: