PKR Saman Najib, Dakwa Belanja Lebih 26 Kali Ganda Untuk PRU13

Nurul Izzah mendakwa RM2.6 bilion yang digunakan Najib untuk PRU13 melanggar undang-undang.

Enlarge text
Logo

Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menggunakan dana sebanyak RM2.6 billion untuk pilihan raya umum yang lalu

Nurul Izzah menjelaskan, di bawah Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, jumlah yang dihadkan untuk calon parlimen adalah RM200,000 manakala calon DUN sebanyak RM100,000

Berdasarkan fakta-fakta tersebut, PKR mendakwa Najib jelas menggunakan taktik kotor bagi meraih kemenangan pada PRU13

Image via vulcanpost.com

PKR juga mahu keputusan PRU13 dibatalkan dan mengadakan semula pilihan raya umum yang baru

Image via mynewshub.cc

Sementara itu, Ahli Majli Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Abdul Aziz membidas tindakan PKR dan menganggap keputusan memfailkan saman terhadap Najib adalah perbuatan bodoh

Nazri meminta PKR membuktikan bahawa setiap calon PRU yang lepas membelanjakan lebih daripada RM200,000

Nazri menegaskan had perbelanjaan pilihan raya hanyalah ketika berkempen. Selepas atau sebelum pilihan raya tiada had ditetapkan.

Dalam pada itu, berita PKR saman Najib hangat diperdebatkan di laman sosial. Rata-rata netizen menyokong tindakan yang diambil PKR.

Manakala Nazri yang menganggap tindakan PKR sebagai bodoh turut dikecam hebat

Bukan Nazri seorang kena kecam di media social, Dr Wan Azizah turut kena kutuk "kaw-kaw" sebab makan nasi lemak dalam KTM. BACA SELANJUTNYA:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: