Pilot Tekad Tak Berlepas Tanpa Jemaah Haji Ini Lepas 2 Kali Patah Balik Sebab Isu Teknikal
Kalau dah takdir pergi Haji, ujian macam mana sekalipun mesti dapat pergi.
Cover image via @visitalharamain (X)Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Walaupun menghadapi dugaan ditahan dan terlepas pesawat, seorang lelaki akhirnya tetap dapat menaiki pesawat tersebut untuk menunaikan haji
Menerusi laporan ABP Live, elaki tersebut, Amer Al Mahdi Mansour Al Gaddafi terlepas penerbangan selepas dia ditahan di imigresen ketika pemeriksaan keselamatan dijalankan.
"Kami akan cuba menyelesaikannya untuk kamu, tetapi anda perlu menunggu bersama kami sebentar," kata pegawai keselamatan di lapangan terbang.
Difahamkan, juruterbang enggan membuka pintu dan memutuskan untuk berlepas tanpa Amer sebaik sahajan isu keselamatan diselesaikan.
Menghadapi ujian itu, Amer membuat keputusan tidak meninggalkan lapangan terbang sambil berkata, "Saya berhasrat untuk menunaikan haji, dan insya-Allah, saya akan pergi."
Image via X
Pesawat berkenaan berpatah balik dua kali akibat menghadapi isu teknikal
Tidak lama selepas pesawat berkenaan berlepas, berlaku kerosakan teknikal dan memerlukan pesawat itu patah balik untuk dibaik pulih.
Walau bagaimanapun juruterbang tetap tidak mahu membuka pintu pesawat sebelum ia mengalami masalah kali kedua selepas berlepas dan akhirnya pintu dibuka untuk Amer.
"Saya bersumpah saya tidak akan terbang lagi melainkan Amer bersama kami dalam pesawat ini," kata kapten sebaik sahaja pesawat mendarat buat kali kedua.
Pihak berkuasa lapangan terbang kemudian membuka laluan untuk Amer yang akhirnya dapat menaiki penerbangan pada percubaan kali ketiga.
"Saya hanya mahu pergi haji. Saya percaya bahawa jika ia ditulis untuk saya, tiada kuasa yang dapat menghalangnya." katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik


