PHB Perkukuh Inisiatif Sosial Korporat Dalam Bidang Pendidikan Menerusi Program ‘The Good Builder’
Seramai 30 sukarelawan PHB terlibat membina perabot bilik darjah baharu seperti kerusi, meja dan almari.
Cover image via Iqmal Hazzwan/SEISMIKFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) terus memperkukuh komitmen pembangunan komuniti dan pendidikan dengan pelaksanaan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi kerjasama dengan EPIC Homes di bawah program "The Good Builder"
Lebih 30 warga kerja PHB menyertai bengkel selama dua hari bermula 1 hingga 2 November yang memberi tumpuan kepada aktiviti membina perabot bilik darjah sebagai sebahagian daripada usaha pembangunan pasukan dan khidmat masyarakat.
Melalui inisiatif itu, PHB akan menyumbangkan perabot baharu seperti meja, kerusi dan rak penyimpanan yang akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan U3, Subang Perdana, Selangor.
Inisiatif berkenaan dijangka memberi manfaat kepada lebih 1,000 murid sebagai usaha menyokong suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan selesa.



Pupuk semangat sukarelawan dalam kalangan tenaga kerja PHB
Program berkenaan turut menjadi platform bagi menggalakkan semangat kesukarelawanan dalam kalangan warga kerja PHB, selaras dengan nilai teras syarikat iaitu Profesional, Harmoni dan Berani.
la juga memperkukuh keyakinan syarikat terhadap usaha mewujudkan impak sosial yang positif di luar tempat kerja.
Melalui pengalaman itu, warga kerja berpeluang bekerjasama, mengasah kemahiran praktikal serta menyumbang ke arah membantu menyokong ruang pembelajaran yang kondusif bagi komuniti sekolah berkenaan.



Menjadi antara komitmen PHB menyokong pembangunan pendidikan dan negara melalui CSR
Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit, berkata inisiatif berkenaan merupakan komitmen syarikat dalam menyokong pembangunan pendidikan dan negara melalui program CSR yang bermanfaat serta menggalakkan penglibatan aktif warga kerja.
"Pendidikan memainkan peranan penting dalam membentuk pelapis masa depan dan memperkukuh komuniti.
"Inisiatif ini memperlihatkan nilai kesukarelawanan serta kepentingan mewujudkan persekitaran yang menyokong pembelajaran, pertumbuhan dan pembangunan insan.
"Kami berbangga menjadi sebahagian daripada program yang memberi peluang kepada warga kerja untuk menyumbang secara praktikal dan memberi impak positif kepada masyarakat," katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan/ Ketua Pegawai Eksekutif PHB, Mohamad Damshal Awang Damit.
Image via Iqmal Hazzwan/SEISMIK

PHB menumpukan pelaksanaan inisiatif CSR kepada bidang pendidikan, selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) 4 – Pendidikan Berkualiti.
Syarikat tersebut turut merancang untuk memperluas program CSR berteraskan pendidikan dengan mewujudkan lebih banyak peluang kesukarelawanan dan memperkukuh penglibatan bermakna bersama komuniti setempat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


