Petronas Sahkan Kapal Ocean Thunder Bawa 1 Juta Tong Minyak Mentah Selamat Tiba Ke Tanah Air

Difahamkan, Malaysia menggunakan kira-kira 112 juta liter bahan api sehari secara purata.

Enlarge text
Cover ImageCover image via mymesra & Petronas
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan kapal Ocean Thunder yang membawa satu juta tong minyak mentah dari Basrah, Iraq telah tiba di Malaysia

Menerusi sebuah hantaran di laman sosialnya, syarikat minyak dan gas nasional itu memaklumkan bahawa penghantaran tersebut adalah sebahagian daripada usaha berterusan Petronas untuk memastikan bekalan bahan api negara stabil.

"Ocean Thunder hanya membawa sebahagian daripada 38 peratus import minyak mentah negara yang melalui Selat Hormuz," menurut Petronas.

SAYS.com
Image via Petronas

Bekalan bahan api Malaysia diperoleh daripada pelbagai sumber merangkumi rangkaian bekalan Petronas yang luas

Perkara ini membolehkan Petronas mengesahkan bahawa bekalan bahan api di stesennya di seluruh negara mencukupi sehingga akhir Jun 2026, menurutnya.

Sementara itu, satu juta tong minyak mentah dari Basrah dapat menghasilkan kira-kira 159 juta liter produk petroleum, termasuk antara 62 juta dan 64 juta liter diesel, antara 45 juta dan 48 juta liter petrol, antara 22 juta dan 24 juta liter bahan api penerbangan, antara lima juta dan enam juta liter gas petroleum cecair (LPG) dan produk lain berjumlah antara 18 juta dan 25 juta liter.

Malaysia menggunakan purata kira-kira 112 juta liter bahan api sehari, terdiri daripada kira-kira 34 juta liter diesel, 46 juta liter petrol, 12 juta liter bahan api penerbangan dan 20 juta liter LPG, menurut Wood Mackenzie (2025).

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik