Petronas Sahkan Bekalan Bahan Api Mencukupi Di Stesen Minyaknya Sehingga Akhir Jun Ini

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat pembelian panik.

Enlarge text
Cover ImageCover image via OT & mymesra
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengesahkan bekalan bahan api di seluruh rangkaian stesennya serata negara adalah terjamin sehingga akhir Jun 2026

Menerusi laporan Harian Metro, perkara ini merupakan lanjutan daripada unjuran sehingga akhir Mei yang dilaksanakan sebelum ini.

Petronas memaklumkan terus aktif menguruskan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan mencukupi di seluruh rangkaian stesen minyaknya susulan krisis tenaga global akibat konflik di Asia Barat.

"Petronas membekalkan kira-kira 50 peratus daripada keperluan bahan api negara menerusi syarikat senarai awam miliknya, Petronas Dagangan Bhd.

"Jumlah selebihnya dibekalkan oleh syarikat minyak lain yang beroperasi di Malaysia," katanya.

SAYS.com
Image via petronasnearme.my

Seru orang ramai buat pembelian secara bertanggungjawab

Petronas turut mengulangi komitmen dalam memastikan bekalan bahan api yang stabil serta boleh diharapkan semua rakyat.

"Orang ramai digalakkan untuk membuat pembelian bahan api ini secara bertanggungjawab dan mengikut keperluan harian masing-masing serta mengelak daripada sebarang tindakan pembelian panik," menurutnya.

Penggunaan secara bertanggungjawab itu mampu memastikan orang ramai mendapat akses bekalan bahan api secara berterusan.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 April berkata Petronas sedang membantu kerajaan dalam pembekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei 2026.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik