Petisyen Tun Mahathir Terima Hadiah Nobel Keamanan, 150,000 Tandatangan Diperlukan
Petisyen yang bermula dari Sabtu lalu kini telah mendapat lebih 90,000 tandatangan.
Cover image via Change.orgSatu petisyen dalam talian telah dimulakan pada hari Sabtu, 26 Mei, buat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk dipertimbangkan sebagai penama bagi Hadiah Keamanan Nobel tahun ini
Petisyen tersebut telah dimulakan oleh Alexandria Abishegam yang merasakan bahawa Tun Mahathir telah memberi inspirasi kepada berjuta-juta pengundi pada PRU14 tempoh hari bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) sebagai kuasa persekutuan dengan cara aman tanpa keganasan.
BN yang telah memerintah negara selama lebih enam dekad telah dikalahkan oleh
gabungan Pakatan Harapan (PH) hasil pimpinan Tun Mahathir.
Image via Malaysian Access
Petisyen yang menggunkan platform Change.org itu turut membandingkan Tun Mahathir dengan pejuang revolusi anti-apartheid iaitu tokoh Afrika Selatan, Nelson Mandela
Walaupun pernah dipenjara selama 27 tahun ketika pemerintahan Apartheid, Nelson Mandela tetap teguh memperjuangkan persamaan hak antara warga kulit hitam dan kulit putih.
Beliau kemudiannya telah diangkat menjadi Presiden berkulit hitam pertama di Afrika Selatan pada 10 Mei 1994 sehingga 16 Jun 1999.
Image via Astro Awani
Di samping itu, pengasas petisyen itu turut merasakan bahawa Tun Mahathir layak dicalonkan untuk menerima Hadiah Nobel Keamanan sebagai satu pengiktirafan terhadap semangat beliau yang kembali ke dunia politik pada usia 93 tahun
Tun Mahathir yang mengetepikan prasangka politiknya sendiri iaitu terhadap pemimpin pembangkang seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Mohamad Sabu dan lain-lain demi menyelamatkan negara.
Tun Mahathir hanya memberi tumpuan kepada kepentingan ketelusan, demokrasi dan kedaulatan undang-undang di Malaysia.
"Tun Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui kesilapan beliau dan memohon maaf di atas kesilapan lampau membuatkan beliau seorang yang begitu disegani dan seorang pemimpin yang wajar dicontohi," kata Alexandria Abishegam menerusi petisyen tersebut.
Image via Bernama
Petisyen tersebut boleh ditandatangani menerusi laman web Change.org
Image via Tenor

