Petisyen “Bebaskan Anwar” Dikeluarkan Di Laman White House. Adakah Obama Akan Bertindak?
Petanda baik atau buruk?
Cover image via SAYS.com[TERKINI] Petisyen Anwar yang dipadam White House dimasukkan semula
Sasaran 100,000 tandatangan telahpun tercapai. Setakat 12 Mac jam 5 petang, petisyen tersebut mengumpul sebanyak 113,440 tandatangan.
Berikut adalah beberapa terma dan syarat mengenai petisyen di laman White House:
Ikuti penjelasan penuh oleh Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur berhubung pemadaman petisyen "Bebaskan Anwar":
Image via U.S Embassy Kuala Lumpur
10 Mac: Petisyen kes liwat Anwar Ibrahim dipadam dari laman White House
Image via MalaysiaKini
Menurut sumber, petisyen itu dimulakan oleh bekas duta Amerika Syarikat, John Malott dan hampir memperoleh 100,000 tandatangan seperti yang disasarkan
Naib Presiden Keadilan, Tian Chua percaya petisyen terbabit dibuang kerana perbuatan sabotaj Kerajaan Malaysia yang mungkin menjadi dalang di sebalik penyingkiran keluar petisyen itu
10 Februari: sebuah petisyen dari laman White House telah dibuat bagi mendesak pentadbiran Barack Obama mempercepat pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara sebagai polisi utama AS ke atas Malaysia
Image via null
Baca kenyataan penuh petisyen tersebut di bawah:
KAMI MEMINTA PENTADBIRAN OBAMA UNTUK:
**JADIKAN PEMBEBASAN PEMIMPIN PEMBANGKANG MALAYSIA ANWAR IBRAHIM DARI PENJARA SATU KEUTAMAAN KEPADA DASAR POLISI AMERIKA SYARIKAT TERHADAP MALAYSIA**
*Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia, seorang juara demokrasi, percaya kepada keadilan Islam, dan sahabat lama Amerika Syarikat, didapati bersalah dan dipenjarakan atas tuduhan yang direka-reka pada 10 Februari 2015.
White House tidak lama kemudian mengeluarkan kenyataan yang melahirkan "kekecewaan yang mendalam" terhadap sabitan Anwar. Kenyataan itu berkata bahawa keputusan untuk mendakwa Anwar dan pengendalian perbicaraannya menimbulkan kebimbangan serius tentang kedaulatan undang-undang dan keadilan sistem kehakiman di Malaysia.
Tetapi kenyataan ini tidak cukup. Sesebuah pentadbiran hendaklah menurut kata-katanya dengan tindakan. Anwar adalah seorang tahanan politik. Masa depan demokrasi di Malaysia sedang dipertaruhkan. Pembebasan Anwar dari penjara mesti menjadi keutamaan dalam dasar Amerika Syarikat terhadap Malaysia, yang akan didahulukan dalam setiap cara yang mungkin.*
Image via null
Tidak lama sebentar tadi, Facebook Anwar Ibrahim telah pun mewar-warkan perkara berkenaan melalui satu status, yang turut diselitkan pautan kepada petisyen tersebut
Image via null
Petisyen itu memerlukan sejumlah 100,000 tandatangan dari orang ramai menjelang 15 Mac 2014, iaitu sebulan dari sekarang.
Apa pula kata netizen? Hasil tinjauan SAYS mendapati ramai yang tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Masing-masing menganggap pihak luar tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal negara.
Image via null
Orang ramai juga bimbang sekiranya Amerika Syarikat terlibat dalam hal ini. Ada yang menyifatkan penglibatan pihak AS di negara lain sebelum ini tidak pernah mendatangkan apa-apa manfaat.
Image via null
Walau bagaimanapun, masih ramai yang memberi sokongan. Mereka berpendapat petisyen ini harus ditandatangani oleh semua pihak demi memperjuangkan hak rakyat serta sistem kehakiman yang telus.
Image via null
Petisyen ini nampaknya mendapat sambutan hangat. Setakat berita ini ditulis, sebanyak 19,558 tandatangan telah diturunkan.
Image via null
Dapatkan petisyen [di sini](https://petitions.whitehouse.gov/petition/make-release-malaysian-opposition-leader-anwar-ibrahim-prison-top-priority-us-policy-toward-malaysia/fBrTzvBz).

