9 Fakta Tragedi Pesawat Terhempas Di Medan Yang Mengorbankan 142 Nyawa
Kejadian berlaku pada 30 Jun 2015 apabila sebuah pesawat tentera Indonesia terhempas dan meletup di kawasan padat penduduk di Medan.
Cover image via onlineathens.com1. Sebuah pesawat tentera jenis Indonesia terhempas di sebuah kawasan perumahan awam di Kota Medan, Sumatera Utara pada kira-kira pukul 11.50 pagi waktu tempatan pada 30 Jun 2015
Image via www.abc.net.au
Image via www.bbc.com
2. Pesawat yang terhempas adalah Hercules A1310 jenis C-130 milik Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU)
Image via www.merdeka.com
3. Semasa kejadian, pesawat terbabit sedang membawa 113 penumpang di dalam dan kesemua mereka dipercayai terkorban dalam tragedi itu
Image via www.abc.net.au
4. Portal The Guardian melaporkan setakat waktu tengahari 1 Julai 2015, sebanyak 142 mayat telah berjaya ditemui dan dikeluarkan dari lokasi kemalangan
Image via globalnews.ca
5. Pesawat itu dilaporkan telah terbang dari ibu negara, Jakarta, dan berhenti di dua lokasi untuk mengambil penumpang sebelum tiba di Medan
Image via www.bbc.com
6. Pihak berkuasa masih menyiasat apa yang menyebabkan bencana itu berlaku. Bagaimanapun mereka mengesyaki kemungkinan pesawat tersebut mempunyai masalah enjin.
Image via time.com
7. Pesawat itu dikendalikan juruterbang Kapten Sandy Permana dari Skuadron 32 Abdul Rahman Saleh, Malang, Jawa Timur manakala pembantu juruterbang ialah Kapten Riri Setiawan
Kapten Sandy Permana merupakan pelajar terbaik di Sekolah Komando Kesatuan Angkatan Udara Angkatan 97.
Image via surabaya.tribunnews.com
8. Untuk makluman tragedi ini merupakan yang keenam melibatkan tentera udara Indonesia dalam masa 7 tahun…
Jun 2012: Sembilan orang terbunuh selepas sebuah pesawat tentera udara Indonesia terhempas ke dalam sebuah kawasan perumahan di Jakarta.
Image via rt.com
9. …dan yang kedua berlaku di Medan dalam masa 10 tahun selepas bencana Mandala Airlines yang terhempas pada 2005.
Pesawat Boeing 737 Mandala Airlines telah terhempas di kawasan perumahan yang padat di Medan pada 2005.
Image via www.dailymail.co.uk
Lihat lagi 10 gambar tragedi ini di bawah:
Image via news.yahoo.com
Image via www.cbsnews.com
Image via www.dailymail.co.uk
Image via www.scmp.com
Image via www.ibtimes.com
Image via time.com
Image via time.com
Image via www.chinatopix.com
Image via inagist.com
Image via www.news.com.au


