6 Pesanan Penting Najib Kepada Singapura Agar Kekalkan Hubungan Baik Dengan Malaysia

Sebagai negara jiran terdekat, hubungan baik antara kedua-dua negara perlu dikekalkan untuk manfaat bersama.

Enlarge text
Cover ImageCover image via www.sinarharian.com.my
Logo

Selepas menghadiri Majlis Sambutan Kemerdekaan Singapura yang ke-50 pada hujung minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak telah menulis di blognya tentang hubungan baik antara Malaysia dan Singapura.

Najib bersama Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Image via www.themalaysianinsider.com

Beliau juga telah menyampaikan beberapa pesanan agar hubungan baik ini dapat dikekalkan. Antaranya:

1. Najib menggesa agar rakyat Singapura tidak menghakimi Malaysia melalui spekulasi-spekulasi yang tercetus di media sosial yang bermotifkan politik dan memburuk-burukkan Malaysia

Wira papan kunci semakin hari semakin hebat.

Image via theredpillnation.wordpress.com

2. Najib berpesan Malaysia dan Singapura tidak sepatutnya dibebani sebarang isu masa lepas dan harus fokus pada masa hadapan malah terdapat cadangan agar kedua-dua negara membuat bidaan Olimpik secara bersama

3. Najib juga berkata Malaysia berkongsi aspirasi dengan Singapura dalam tadbir urus baik, bagi ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan menerusi asas-asas yang kukuh, dan bagi kestabilan, keharmonian dan kepelbagaian

4. Selain itu Najib turut berkata, Malaysia dan Singapura telah ditakdirkan untuk bergandingan dan saling bekerjasama, bukan bersaing

5. Antara contoh kedua-dua negara memilih untuk maju ke hadapan dalam semangat manfaat bersama dapat dilihat selepas penyelesaian menang-menang dalam Butiran Perjanjian 2010 yang tertangguh selama 20 tahun

6. Najib turut berkata bunga orkid hibrid yang diberi nama Dendrobium Najib Rosmah susulan lawatan beliau ke Taman Botani Singapura pada tahun 2009 adalah lambang hubungan baik antara kedua-dua negara

Dendrobium Najib Rosmah?

Image via www.thestar.com.my

Selain di atas, ada lagi kenyataan-kenyataan Najib yang kadang-kadang agak membingungkan. BACA SINI:

Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: