Kesian Punya Pasal, Perompak Pulang Semula Wang Lepas Lihat Baki Akaun Mangsa
Ekoran insiden ini, pencuri itu mendapat gelaran 'pencuri mulia'.
Cover image via YouTube Blagag!Satu insiden aneh, tapi mulia, berlaku di negara China baru-baru ini apabila seorang wanita daripada hampir dirompak, terus tak jadi dirompak
Kejadian aneh tersebut berlaku di Heyuan, China di mana seorang wanita bernama Li sedang mengeluarkan wang dari mesin ATM sebelum didatangi seorang lelaki yang cuba merompaknya.
Li yang dalam ketakutan terus menyerahkan kesemua wang yang dikeluarkan dari mesin tersebut bernilai RM1,520 kepada perompak berkenaan.
Perompak yang tidak bertopeng itu bagaimanapun kelihatan bersungguh-sungguh ingin melihat baki tersimpan di dalam akaun Li.
Image via YouTube Blagag!

