Pernah Nampak Cahaya Hijau Terangi Plaza PPUM? Ada Maksud Menyentuh Hati Di Sebaliknya
Baru tahu!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahukah anda pancaran cahaya neon hijau menerangi persekitaran bangunan Plaza Pusat Perubatan Univeriti Malaya (PPUM) mempunyai simboliknya tersendiri?
Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan orang ramai membuat perbincangan mengenai pancaran lampu neon hijau menerangi bangunan Plaza PPUM
Menerusi perkongsian @afiq_g di Threads, individu itu telah mendedahkan cahaya hijau itu akan dipancarkan menandakan pembedahan derma organ daripada penderma telah berjaya dilaksanakan.
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh PPUM itu sendiri menerusi sebuah komen daripada akaun media sosialnya pada perkongsian berkenaan.

Susulan tular di media sosial, PPUM tampil beri penjelasan lanjut
Disebabkan banyak persoalan susulan yang muncul, pihak PPUM menerusi media sosialnya beri penjelasan lanjut kepada orang ramai.
Menurutnya, pancaran warna hijau itu menjadi simbol pesakit telah menerima manfaat daripada pendermaan organ.
Perkara ini juga boleh melambangkan solidariti dan penghormatan ke atas individu berikrar selaku seorang penderma organ, yang meninggal dunia.
"Dalam kes pendermaan organ, baik penderma hidup (living donor) mahupun penderma yang meninggal dunia (deceased donor), simbolik warna melambangkan seorang pesakit menerima manfaat adalah warna Hijau. Green, one and only," katanya.
Dalam pada itu, PPUM turut memaklumkan cahaya warna lain turut ada dipancarkan bagi mengikut tema sesuatu sambutan seperti Hari Bumi Sedunia yang pernah dilaksanakan PPUM.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via 