Pernah Muncul Dalam Filem “Crazy Rich Asian”, Bangunan Warisan Negara Kini Dibuka Kepada Umum

Tak sabar nak pergi!

Enlarge text
Logo

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seri Negara, sebuah rumah agam era kolonial lokasi Perlembagaan Tanah Melayu digubal, akan dibuka kepada orang ramai buat kali pertama bermula 20 Disember ini

Dibina pada tahun 1913 dan dahulunya dikenali sebagai "Rumah Raja", Seri Negara pernah menjadi kediaman Pesuruhjaya Tinggi British semasa zaman penjajahan. Ia kemudiannya digunakan sebagai rumah tetamu rasmi untuk tetamu kenamaan, termasuk Ratu Elizabeth II.

Paling ketara, rumah agam itu memainkan peranan penting dalam perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan di mana ia menjadi lokasi Perlembagaan Tanah Melayu digubal antara tahun 1955 dan 1957.

Lokasi ini turut pernah mendapat perhatian antarabangsa selepas ia dipaparkan di dalam filem Hollywood, Crazy Rich Asians arahan Jon M Chu pada tahun 2018, di mana ia muncul sebagai rumah pusaka mewah keluarga Young.

Bangunan terbabit sebelum ini telah dilaporkan terbengkalai akibat kos penyelenggaraan yang tinggi.

SAYS.com

Tangkapan layar daripada 'Crazy Rich Asians' yang menampilkan Seri Negara.

Image via Mashable SEA
SAYS.com
Image via Wikimedia Commons

Kerja-kerja pemulihan yang mengambil masa 10 bulan telah diketuai oleh Khazanah Nasional dan memberi tumpuan kepada pemeliharaan ciri-ciri seni bina kolonial rumah agam yang terperinci

Menerusi laporan Malay Mail, sebuah tangga kayu khas telah dikembalikan ke kedudukan asalnya berdasarkan ilustrasi arkib selepas ia dipindahkan apabila bangunan itu beroperasi sebagai hotel.

Di bawah inisiatif Warisan KL, sebuah jambatan pejalan kaki baharu yang menghubungkan Seri Negara ke Taman Botani Perdana juga akan dibina, lapor The Star.

Rumah Agam yang telah dipulihkan itu kini akan menjadi Galeri Seri Negara, yang menceritakan perjalanan Malaysia menuju kemerdekaan dan mendidik orang ramai tentang tempoh penting dalam sejarah negara dari tahun 1913 hingga kini.

Sebuah kafe dan restoran yang dikendalikan oleh Serai Group juga akan dibuka di dalam premis tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadiri majlis perasmian itu berkata lokasi itu tidak sepatutnya menjadi "tempat yang hanya dinikmati oleh golongan elit", sambil menambah bahawa buat pertama kalinya dalam sejarahnya, Seri Negara kini boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia.

Orang ramai boleh masuk tanpa perlu melakukan sebarang pembayaran tetapi pelawat perlu mendaftar terlebih dahulu melalui laman web Sahabat Seri Negara sebelum melawat galeri ini.

SAYS.com
Image via Yusof Isa/Malay Mail

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: